ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI MOGA INPUT YANG KAMI SEDIAKAN MEMBERI PENGETAHUAN YANG LEBIH UNTUK ANDA SEMUA

Tugasan 5 - Usaha para Ulama' dalam mencapai kemerdekaan negara


Apakah usaha-usaha yang dilakukan oleh golongan ulama' dalam mencapai kemerdekaan ?

Golongan ulama' menyebarkan dakwah dan meniupkan semangat kemerdekaan dan kesedaran melawan penjajah melalui penulisan

Pada tahun 1906 - 1942, golongan ulama' menyedarkan masyarakat melalui penubuhan sekolah atau madrasah dan pondok serta melalui surat khabar ,majalah, aktiviti penulisan kitab, peterjemahan dalam proses kesedaran  orang melayu menuntut kemerdekaan.

Tokoh- tokoh ilmuwan dan intelektual islam

  1. Menyemarakan kegiatan penulisan intelektual , aktif dalam membasmi buta huruf serta merapatkan jurang perbezaan jantina dalam pendidikan,
  2. Mengkaji tabiat masyarakat.  
  3. menerbitkan bahan bacaan seperti pengasuh, qalam, neracha, ikhwan,

    sebagai contoh ialah Syed Sheikh Al-Hadi ,Sheikh Jalaludin, Pendita Za'aba dan Dr Burhanuddin Al- Helm.                    


  • Semangat kesejagatan Islam. Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong memimpin ummat Islam menentang penjajahan Inggeris di Kuala Berang, Terengganu. Bendera merah “Stambul” (Istanbul) yang merupakan bendera Khilafah Turki Uthmaniyyah dikibarkan oleh ‘para pemberontak’.

  • Ummat Islam di bawah pimpinan ulama’ di dalam Hizbul Muslimin menentang pembentukan negara haram Israel pada tahun 1948.

  • Peranan para ulama’ alam Melayu seperti Sheikh Ahmad Al-Fathani, Sheikh Daud Al-Fathani, Tok Kenali, Tok Janggut, Hj. Abd. Rahman Limbong dan ramai lagi ulama’ di seluruh Tanah Melayu dalam membangkitkan perjuangan memerdekakan Tanah Melayu. Mereka bersatu menentang Inggeris. Penentangan mereka tidak dibatasi oleh sempadan negeri dan daerah.

  • No comments:

    Post a Comment