2014180225
Bab satu menerangkan tentang konsep asas hubungan
etnik. Dalam bab satu merangkumi sifat struktural sosial, keadaan sosial dan
ikatan sosial masyarakat. Masyarakat ialah kumpulan manusia yang hidup
bersama-sama di suatu tempat dengan aturan dan cara hidup tertentu. Di dalam
masyarakat kita boleh melihat Allah mewujudkan persamaan dan perbezaan sesuatu
kaum dari segi fizikal, kepercayaan, dan budaya yang diamalkan. Ciri-ciri
masyarakat yang majmuk ialah masyarakat yang saling menghormati satu sama lain,
tidak bersikap prejudis terhadap fizikal atau kekurangan sesuatu kaum dan
saling menerima kelebihan dan kekurangan kaum masing-masing. Interaksi atau
layanan yang diberikan haruslah sama rata tanpa mengira kedudukan atau status
satu masyarakat. Budaya ialah cara hidup orang ramai termasuk pemikiran, nilai
kepercayaan, pandangan dan tabiat berfikir serta cara perlakuan manusia yang
menggerakkan jiwa. Pembentukan budaya dipengaruhi oleh faktor tertentu seperti
adat resam, bangsa dan agama. Budaya yang ditonjolkan dalam sesuatu masyarakat
itu melambangkan keistimewaan kaum tersendiri. Menjadi kewajipan dalam
masyarakat untuk menerima perbezaan budaya yang menjadi amalan dan kepercayaan
sesuatu kaum. Allah menciptakan setiap individu itu berbeza dan semua orang
haruslah menerima kelebihan dan kekurangan setiap individu itu tanpa sebarang
diskriminasi atau prejudis.
2014989725
2014989725
Di dalam bab satu, saya telah pelajari tentang prejudis,
stereotaip dan diskriminasi. Perkara sebegini kerap berlaku dalam kalangan
masyarakat atau etnik, ini di sebabkan individu yang berbeza-beza dari segi
fizikal, perasaan dan pemikiran. Prejudis terhadap orang lain adalah permulaan
kepada stereotaip dan seterusnya diskriminasi. Mula-mula kita hanya
berkata-kata dalam hati atau terdetik melihat sesuatu yang kita tidak suka dan
berprasangka buruk pada orang itu, selepas itu, kita mula mengumpat orang itu
pada orang lain sedangkan orang itu tidak melakukan apa-apa salah dan kita
sendiri tidak mengenali orang itu dan akhirnya kita bertindak untuk membenci
seseorang itu tanpa mengetahui kebenarannya.Minda kita cepat bersangka buruk pada orang
lain sama ada kita mengenali atau tidak mengenali seseorang itu. Jika kita
tidak elakkan perkara sebegini berlaku dalam kalangan masyarakat, permusuhan
dan pergaduhan boleh berlaku. Kita sepatutnya hidup dalam masyarakat perlu
harmoni, berkasih sayang, tidak benci-membenci dan tidak bersangka buruk pada
orang lain kerana kita tidak tahu apa akan berlaku di masa hadapan, orang yang
kita benci dan bersangka buruk itu akan menolong kita satu hari nanti. Negara
kita sendiri akan senang di ambil kesempatan oleh orang asing di sebabkan
ketidaksefahaman antara satu sama lain. Untuk mencipta bangsa yang baik kita
perlu kenal diri sendiri dan sentiasa berfikiran terbuka dan positif.
2014378853
2014734061
Apa yang saya perolehi bagi perbincangan minggu ini adalah tentang tahap hubungan etnik yang terbahagi kepada dua iatu tahap positif dan tahp negative. Saya akan melihat kepada tahap negative iaitu prejudis, stereotaip dan diskriminasi. Prejudis adalah pandangan negative mengenai orang lain dimana pada tahap ini pemikiran neatif itu hanya ada dalam diri kita dan tidak diluahkan kepada orang lain. Manakala, stereotaip pula adalah kenyataan umu yang negative terhadap sesuatu kumpulan utnik atau kaum dan dinyatakan secara lisan. Stereotaip ini lebih buruk daripada prejudis dimana kita mengumpat tentang kaum lain kepada orang lain. Akhir sekali ialah diskriminasi, ianya tahap yang paling teruk iaitu perbuatan membandingkan seseorang individu atau sesuatu kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik semata dan bersifat tindakan. Seperti kejadia membakar bible disabah dan Sarawak. Kesimpulannya, kita manusia yang hidup dalam pelbagai agama dan kaum ini seharusnya menjauhi sikap prejudis kerana daripada sikap ini akan wujudnya sikap stereotaip dan jika tidak dibendung akn memndatangkan masalah yang lebih besar jika memasuki tahap diskriminasi terhadap kaum dan agama lain yang boleh memecahbelahkan kaum di malaysai disamping mengganggugugat keharmonian negara.
2014964799
Apa yang telah saya pelajari daripada topik minggu ini ialah setiap manusia patut mengelakkan perasaan prejudis di antara satu sama lain. Prejudis ialah pendangan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik lain. Lazimnya tidak berasaskan maklumat yang tepat dan biasanya tidak diluahkan secara terbuka. Jadi kita seharusnya sentiasa bersangka baik kepada semua untuk mengelakkan perasaan prejudis ini menjadi stereotaip. Stereotaip akan berlaku apabila kita mula meluahkan sangka buruk kepada orang lain. Hal ini akan menyebabkan orang lain juga akan bersangka buruk kepada individu tersebut dan menyebabkan tercetusnya pergaduhan di antara mereka. Kalau perkara ini berterusan dan semua bersifat seperti ini akan menyebabkan negara kucar kacir dan semua rakyat tidak akan bersatu padu. Untuk mengekalkan keamanan negara, semua rakyat perlu sentiasa bersatu padu dan sentiasa mengelakkan perasaan prejudis daripada timbul di dalam diri. Kita perlu sentiasa bersangka baik kepada semua dan terima dengan ikhlas setiap kelebihan dan kekurangan diri dan orang lain kerana tiada siapa yang sempurna di dunia ini.
2014767653
Dalam bab satu membincangkan tentang konsep asas hubungan etnik. Di malaysia wujud pelbagai etnik. Seperti etnik sabah, sarawak dan sebagainya. Hubungan etnik terbahagi kepada dua iaitu tahap hubungan etnik positif dan tahap hubungan etnik negatif. Kita sebagai masyarakat yang hidup dalam berbilang kaum perlu menyerapkan tahap hubungan etnik positif dalam diri masing masing.Melalui cara ini dapat mewujudkan hubungan yang harmoni antara kaum
2014906705
Minggu ini kami menyentuh bab satu iaitu Konsep Asas Hubungan Etnik dimana ia merangkumi etnik - etnik yang ada disekeliling kita kita dapat mencapai persefahaman antara etnik-etnik yang telah wujud sekian lamanya . ciri-ciri budaya merupakan element penting bagi sesebuah masyarakat , setiap budaya yang wujud perlu la di pelajari secara tak langsung kita sebagai masyarakat peka akan budaya yang telah lahir yang melibat kan unsur asimilasi dan juga adaptasi, yang kedua budaya juga perlu dikongsi dimana budaya itu sendiri perlu diamalkan dan di perluaskan bagi memberi maklumat akan sesuatu budaya itu supaya dapat dipahami oleh masyarakat, yang ketiga sejagat , dimana ciri ini dilihat dari segi kemasyarakatan itu sendiri dimana ia adalah dari bentuk pengaruh alam,luar dan penyusuian anggota. masyarakat merupakan golongan yang dekat dengan diri kita secara am nya dan ianya merupakan satu kelompak manusia yang perlu kita kenali dan pahami budaya yang mereka bawa.
2014333649
Pada minggu ketiga, kami telah mempelajari konsep asas hubungan etnik. Etnik merupakan kelompok manusia yang anggotanya mengaitkan diri melalui sesuatu warisan sepunya, baik warisan yang benar mahupun yang dianggap salah. Identiti etnik dipupuk dengan membezakan kelompok diri daripada kelompok yang lain menerusi sifat-sifat seperti budaya, bahasa, agama dan tingkah laku. Oleh itu apa yang telah saya pelajari dari bab satu ini adalah mengenai perbezaan antara antara masyarakat yang berbeza etnik ialah tidak terletak pada kemanusiaannya akan tetapi pada tingkat ketaqwaannya kepada Tuhan masing-masing. Selain itu, sebagai umat Islam, kita harus sentiasa menekankan pemeliharaan jiwa supaya sentiasa bersih, pemeliharaan akal fikiran, maruah, keturunan, harta benda, hak dan kebebasan persaudaraan dan satu keturunan tanpa mengira warna kulit, bahasa tempat dan agama.
2014378853
- Untuk minggu ke tiga ini, saya menekankan tentang budaya. Islam menerima konsep budaya selagi
ianya tidak bertentangan dengan Islam dan mengiktiraf perbezaan budaya, bangsa,
bahasa, pakaian, makanan dan eksperesi budaya masing-masing untuk membuktikan
kekuasaan Allah S.W.T. Contohnya budaya masyarakat Arab Jahiliyyah yang sangat
menghormati tetamu dan budaya ini dibenarkan dan dipraktikkan dalam Islam. Antara
ciri-ciri budaya yang baik ialah sesuatu yang boleh dipelajari, boleh dikongsi
bersama, diwarisi dan bersifat universal. Muslim harus bergaul baik dengan
non-Muslim. Hubungan kita dengan non-Muslim menjadi haram apabila mereka
bersengkongkol dengan Zionis, kerana Islam menentang sekeras-kerasnya Zionis.
2014734061
Apa yang saya perolehi bagi perbincangan minggu ini adalah tentang tahap hubungan etnik yang terbahagi kepada dua iatu tahap positif dan tahp negative. Saya akan melihat kepada tahap negative iaitu prejudis, stereotaip dan diskriminasi. Prejudis adalah pandangan negative mengenai orang lain dimana pada tahap ini pemikiran neatif itu hanya ada dalam diri kita dan tidak diluahkan kepada orang lain. Manakala, stereotaip pula adalah kenyataan umu yang negative terhadap sesuatu kumpulan utnik atau kaum dan dinyatakan secara lisan. Stereotaip ini lebih buruk daripada prejudis dimana kita mengumpat tentang kaum lain kepada orang lain. Akhir sekali ialah diskriminasi, ianya tahap yang paling teruk iaitu perbuatan membandingkan seseorang individu atau sesuatu kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik semata dan bersifat tindakan. Seperti kejadia membakar bible disabah dan Sarawak. Kesimpulannya, kita manusia yang hidup dalam pelbagai agama dan kaum ini seharusnya menjauhi sikap prejudis kerana daripada sikap ini akan wujudnya sikap stereotaip dan jika tidak dibendung akn memndatangkan masalah yang lebih besar jika memasuki tahap diskriminasi terhadap kaum dan agama lain yang boleh memecahbelahkan kaum di malaysai disamping mengganggugugat keharmonian negara.
2014964799
Apa yang telah saya pelajari daripada topik minggu ini ialah setiap manusia patut mengelakkan perasaan prejudis di antara satu sama lain. Prejudis ialah pendangan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik lain. Lazimnya tidak berasaskan maklumat yang tepat dan biasanya tidak diluahkan secara terbuka. Jadi kita seharusnya sentiasa bersangka baik kepada semua untuk mengelakkan perasaan prejudis ini menjadi stereotaip. Stereotaip akan berlaku apabila kita mula meluahkan sangka buruk kepada orang lain. Hal ini akan menyebabkan orang lain juga akan bersangka buruk kepada individu tersebut dan menyebabkan tercetusnya pergaduhan di antara mereka. Kalau perkara ini berterusan dan semua bersifat seperti ini akan menyebabkan negara kucar kacir dan semua rakyat tidak akan bersatu padu. Untuk mengekalkan keamanan negara, semua rakyat perlu sentiasa bersatu padu dan sentiasa mengelakkan perasaan prejudis daripada timbul di dalam diri. Kita perlu sentiasa bersangka baik kepada semua dan terima dengan ikhlas setiap kelebihan dan kekurangan diri dan orang lain kerana tiada siapa yang sempurna di dunia ini.
2014767653
Dalam bab satu membincangkan tentang konsep asas hubungan etnik. Di malaysia wujud pelbagai etnik. Seperti etnik sabah, sarawak dan sebagainya. Hubungan etnik terbahagi kepada dua iaitu tahap hubungan etnik positif dan tahap hubungan etnik negatif. Kita sebagai masyarakat yang hidup dalam berbilang kaum perlu menyerapkan tahap hubungan etnik positif dalam diri masing masing.Melalui cara ini dapat mewujudkan hubungan yang harmoni antara kaum
2014906705
Minggu ini kami menyentuh bab satu iaitu Konsep Asas Hubungan Etnik dimana ia merangkumi etnik - etnik yang ada disekeliling kita kita dapat mencapai persefahaman antara etnik-etnik yang telah wujud sekian lamanya . ciri-ciri budaya merupakan element penting bagi sesebuah masyarakat , setiap budaya yang wujud perlu la di pelajari secara tak langsung kita sebagai masyarakat peka akan budaya yang telah lahir yang melibat kan unsur asimilasi dan juga adaptasi, yang kedua budaya juga perlu dikongsi dimana budaya itu sendiri perlu diamalkan dan di perluaskan bagi memberi maklumat akan sesuatu budaya itu supaya dapat dipahami oleh masyarakat, yang ketiga sejagat , dimana ciri ini dilihat dari segi kemasyarakatan itu sendiri dimana ia adalah dari bentuk pengaruh alam,luar dan penyusuian anggota. masyarakat merupakan golongan yang dekat dengan diri kita secara am nya dan ianya merupakan satu kelompak manusia yang perlu kita kenali dan pahami budaya yang mereka bawa.
2014333649
Pada minggu ketiga, kami telah mempelajari konsep asas hubungan etnik. Etnik merupakan kelompok manusia yang anggotanya mengaitkan diri melalui sesuatu warisan sepunya, baik warisan yang benar mahupun yang dianggap salah. Identiti etnik dipupuk dengan membezakan kelompok diri daripada kelompok yang lain menerusi sifat-sifat seperti budaya, bahasa, agama dan tingkah laku. Oleh itu apa yang telah saya pelajari dari bab satu ini adalah mengenai perbezaan antara antara masyarakat yang berbeza etnik ialah tidak terletak pada kemanusiaannya akan tetapi pada tingkat ketaqwaannya kepada Tuhan masing-masing. Selain itu, sebagai umat Islam, kita harus sentiasa menekankan pemeliharaan jiwa supaya sentiasa bersih, pemeliharaan akal fikiran, maruah, keturunan, harta benda, hak dan kebebasan persaudaraan dan satu keturunan tanpa mengira warna kulit, bahasa tempat dan agama.
2014337541
Islam mengiktiraf perbezaan budaya,bangsa, Bahasa, pakaian,
makanan dan ekspresi budaya masing-masing. Tidak lain dan tidak bukan hanya
sebagai ingin membuktikan kekuasaan Allah. Penganut agama sama ada baik atau buruk
ada dalam setiap agama.
2014597879
Pada minggu ini, kami belajar tentang konsep asas hubungan etnik. Etnik ialah budaya yang seragam dan lebih khusus berbanding etnisiti yang bermaksud rasa kekitaan dan etnosentrisme yang membawa maksud berpuak. Terdapat dua tahap hubungan etnik iaitu tahap positif dan tahap negatif. Tahap negatif terdiri daripada sikap prejudis, stereotaip dan diskriminasi. Sekiranya tahap negatif ini tidak dibendung lebih awal, maka masyarakat akan gagal berasimilasi. Mereka tidak dapat mengenali dan menerima perbezaan yang telah Allah s.w.t aturkan.

No comments:
Post a Comment