ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI MOGA INPUT YANG KAMI SEDIAKAN MEMBERI PENGETAHUAN YANG LEBIH UNTUK ANDA SEMUA

Minggu Keempat

REFLEKSI (BAB 2 - PLURALITI & MASYARAKAT PLURALISTIK DI MALAYSIA)

2014989725

Apa yang saya fahami dari topik pluraliti ini, saya ingin memfokuskan tentang kuasa mutlak raja, Raja atau sultan memainkan peranan penting dalam sistem pemerintahan di Tanah Melayu. Sebelum kedatangan penjajah, sultan memainkan peranan penting dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Namun penguasaan penjajah British ke atas Tanah Melayu menyebabkan kuasa sultan mulai terhakis. Sebaliknya British mula memainkan peranan dalam politik, ekonomi dan sosial. Walaupun kuasa sultan kian terhakis pada zaman penjajahan British namun sultan tetap menjadi unsur penting dalam sistem pemerintahan di Tanah Melayu. Antara peranan sultan sebelum dijajah oleh British ialah sultan sebagai ketua kerajaan, menentukan hubungan diplomatik dan sebagai ketua tentera. Sultan mempunyai kuasa mutlak dan hak sultan tidak boleh dipersoal. Rakyat tidak boleh membantah perintah sultan kerana dianggap mengingkari perintah Tuhan. Perintah sultan wajib dipatuhi walaupun bertentangan dengan hukum manusia dan hukum agama. Sultan juga berkuasa menggubal undang-undang, menjatuhkan hukuman termasuk hukuman bunuh serta berhak mengampunkan pesalah. Tetapi selepas penjajahan British, British telah memperkenalkan sistem residen, dan residen adalah kuasa tertinggi. Pada ketika ini, sultan telah kehilangan kuasa mutlak dan dikecilkan kuasa iaitu hanya sebagai ketua agama islam sahaja. Apa yang dapat saya simpulkan, kuasa dan kedudukan raja harus di pertahankan, jangan biarkan orang luar menghapuskan sistem beraja ini kerana raja sebagai payung islam untuk orang-orang Melayu.

2014180225

Dalam bab 2 merangkumi tentang pluraliti dan masyarakat pluralistik di Malaysia. Pluraliti masyarakat alam Melayu dalam sejarah bermula dari penceritaan kronologi kesultanan melayu Melaka sehingga pembentukan Malaysia pada tahun 1963. Sejak tahun 1402 hingga 1963 pelbagai kuasa luar telah menjajah Tanah Melayu, termasuklah Portugis, Belanda, British dan Jepun. Konsep yang diketengahkan dalam bab ini adalah pluralism. Pluralism bermaksud ideologi yang menyamaratakan kepercayaan dan pegangan yang berbeza dalam masyarakat. Seterusnya, ialah perbezaan dan persamaan di antara pluraliti dan pluralistik. Pluraliti ialah kemajmukan yang berlaku secara lebih bercirikan semulajadi, tanpa paksaan dan fleksibel. Imigran atau pedagang yang datang ialah secara sukarela untuk mencari kehidupan dan kekayaan di Tanah Melayu. Pluraliti dapat menjamin ketenangan pemikiran dan perasaan. Manakala bagi pluralistik, imigran datang secara paksaan demi kepentingan ekonomi dan politik British sendiri. Fokus lain ialah kuasa sultan  sebelum dan selepas penjajahan. Sebelum penjajahan, Sultan berkuasa dalam semua aspek pemerintahan negara, sama ada dari segi politik, ekonomi mahupun sosial. Namun selepas penjajahan British, kuasa sultan mula hilang. Sultan hilang kuasa mentadbir dan kuasa terhadap ekonomi. British juga memisahkan pentadbiran negara dan agama, yang mana negara ditadbir oleh pentadbir sekular dan agama diletakkan di bawah kuasa Sultan-Sultan Melayu. Sultan juga hilang kuasa dan hak ke atas pasukan ketenteraan. Secara kesimpulan, kita haruslah bersatu padu dalam mengekalkan kemajmukan kaum dalam satu negara. Kesepaduan yang diwujudkan bukan sahaja dapat mengekalkan dan mempertahankan institusi kesultanan, malah dapat menjamin keharmonian antara kaum.  


2014964799


Pada minggu keempat ini, saya telah mempelajari tentang Pluraliti dan Masyarakat Pluralistik di Malaysia. Apa yang boleh saya kongsikan daripada tajuk ini ialah tentang kuasa raja. Sebelum penjajahan, sultan mempunyai kuasa mutlak dalam setiap urusan negara sama ada dari segi politik, keagamaan dan ketua tentera. Selain itu, sebarang hubungan diplomatik yang ingin dijalinkan tanpa kehadiran sultan tidak akan sah dan hanya akan terjadi dengan kehadiran sultan. Tetapi selepas penjajahan, sultan telah kehilangan kuasanya. Tugasnya telah dihadkan hanya sebagai ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu. Sultan juga telah kehilangan kuasanya untuk mentadbir negara dan segala keputusan untuk Tanah Melayu akan ditetapkan di Parlimen British. Tetapi, sekarang sultan memainkan peranan penting sebagai lambang perpaduan rakyat, ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu. Selain itu juga, sebarang keputusan yang ingin dibuat di parlimen perlu mendapat persetujuan daripada raja. Jadi, kita sebagai rakyat Malaysia dan juga beragama Islam perlulah menghormati Institusi Beraja di negara kita kerana institusi inilah yang akan melindugi hak kita sebagai orang Islam dan warganegara Malaysia. 



2014734061

Apa yang menarik perhatian saya tentang topik yang dibincangkan pada minggu ini adalah tentang sistem dan struktur sebelum dan selepas penjajahan. Dimana sebelum penjajahan, sulatan mempunyai kuasa mutlak terhadap system ekonomi, politik namun selepas datangnya penjajah British, kuasa sultan elah dikecilkan kepada ketua agama Islam. Datangya British ke tanah melayu juga telah mencetuskan pluralistik, dimana penduduk tanah melayu gagal berasimilasi dengan pendududk dan alam sekitar serta sistem. Mereka hidup dalam keadaan yang penuh prejudis antara satu sama lain. Makanya, sebagai rakyat Malaysia yang mungkin juga bakal pemimpin pada masa akan datang, kita seharusnya menjauhi sikap prejudis dan sentiasa bersatu-padu dalam mempertahankan hak-hak kita agar tidak akan hilang pada masa akan datang.


2014767653

Topik pada minggu ini ialah pluraliti dan pluralistik. Topik ini memberikan saya kesedaran tentang perbezaan pluraliti dan pluralistik. Pluraliti ialah sikap semula jadi tanpa paksa manakala pluralistik ialah secara paksaan. Antara kesan pluraliti ialah dapat mewujudkan interaksi yang harmoni dengan penduduk, alam sekitar dan sistem. Masyarakat yang melalui pluraliti ini dapat menerima baik budaya lain. Sebagai contoh baba dan nyonya. Disebabkan mereka telah duduk lama di Malaysia, mereka dapat menerima budaya melayu dan mengamalkannya. Kesan pluralistik pula ialah gagal berasimilasi penduduk, alam sekitar dan sistem. Masyarakat ini terasing dengan yang lain. Mereka mengamalkan sikap bergaul dengan masyarakat yang sama dengan mereka sahaja. Kita perlu mengamalkan sifat pluraliti dalam diri. Bergaul dengan semua orang.


2014906705

Minggu ini kami menyetuh bab 2 iaitu Pluraliti dan Masyarakat Pluralistik Di Malaysia , apa yang saya dapat simpul kan untuk minggu ini dimana sistem pemerintahan yang dahalunya menggunakan sistem feudalism dimana sebelum berlakunya penjajahan sultan mempunyai kuasa yang mutlak dalam urus tadbir negara namun apabila berlakunya penjajahan kuasa sultan telah pun diambil alih oleh pihak penjajah. kesan plurastik pula apabila masyarkat tidak dapat hidup dengan tenang dan merasakan diri tidak selamat dan masyarakat ketika itu gagal dalam membentuk kemajmukan negara. dengan itu kita haruslah menjaga kehormatan negara supaya tidak dipeengauhi oleh agenda-agenda luar dan masyarakat perlu bersatu pada dalam membentuk negara yang aman , damai dan makmur.


2014333649

Pada minggu keempat ini, kami telah mempelajari topik mengenai konsep pluraliti dan masyarakat pluralistik di Malaysia. Plurati bermaksud mewujudkan masyarakat pelbagai bangsa yang terjadi secara semulajadi dan tanpa paksaan. Ia mewujudkan interkasi secara harmoni sesama masyarakat yang berbilang kaum kerana ia berlaku tanpa paksaan. Manakala pluralistik itu adalah sama sahaja definisinya dengan pluraliti cuma ianya dilakukan dengan paksaan. Sebagai contoh perbezaan dari setiap bangsa. Seperti yang kita lihat, setiap bangsa berbeza dari segi pekerjaan, pelajaran dan tempat tinggal. Antaranya orang melayu tinggal di kawasan luar bandar dan mengamalkan bercucuk tanam untuk menyara diri, orang india tinggal di kawasan perlombongan atau ladang getah dan menjadikan perlombongan seperti biji timah untuk menyara diri manakala orang cina pulak kebanyakannya tinggal di bandar dan majoritinya menjalankan perniagaan. Selain itu juga adalah perbezaan dari segi sistem pelajaran di mana orang melayu hanya belajar hingga ke sekolah rendah dan orang cina dan india dapat belajar ke peringkat yang lebih tinggi, Perkara ini telah terjadi secara pluralistik di mana mereka di tempatkan secara paksaan dan seterusnya perpaduan gagal di capai. Selain itu, saya juga mempelajari tentang sistem pemerintahan melayu yang berasaskan sistem Islam sejak diasaskan oleh Parameswara dari Srivijaya pada 1400 Masihi di Melaka. Pada masa itu, Melaka telah menjadi pusat kemasyarakatan dan perkembangan Islam yang telah mewujudkan masyarakat yang harmoni dan aman. Pedagang-pedagang yang menjalankan perniagaan di situ kebanyakkannya berkahwin dengan wanita tempatan dan masuk islam kerana keunikan serta keisrimewaan agama Islam sendiri, Konklusinya, pluraliti memberikan kesan yang positif sebagai contoh bangsa India yang mengamalkan budaya Melayu iaitu dengan berpakaian kurung dan juga menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengantaraan. Bagi pluralistik pula, sesungguhnya ia memberikan kesan negatif kerana boleh menyebabkan ketidaksepaduan masyarakat dan melahirkan kelompok masyarakat yang tidak harmoni. Ini dapat menjurus kepada peperangan seperti zaman penjajahan kuasa barat sebelum merdeka.


2014597879

Pada minggu ini, kami diberi penekanan tentang pluraliti(bercirikan semulajadi, tanpa paksaan dan fleksible). Pluraliti budaya di Tanah Melayu telah wujud dan ianya merupakan hasil pertemuan dan pertembungan budaya besar dunia yang telah melahirkan fenomena sosial yang istimewa di Alam Melayu. Namun pluraliti telah terhakis setelah penjajah datang menjajah dan membentuk mayarakat pluralistik. Pluralistik membawa maksud masyarakat yang bercirikan pemaksaan dan perbezaan. Hal ini telah menyebabkan masyarakat gagal berasimilasi.


2014378853

Apa yang dapat saya pelajari adalah tidak kira pluraliti atau pluralistik ianya mempunyai kebaikan dan kelemahannya tersendiri. Sememangnya jika pluralistik terlintas difikiran, tentunya bayangan unsur-unsur negatif pasti terlintas namun cuba kita lihat dari sudut positif. Dengan adanya unsur pluralistik, masyarakat khususnya kaum Melayu saling bekerjasama dalam mempertahankan hak mereka namun unsur pluralistik ini bukanlah unsur yang baik kerana definisinya sendiri sudah menunjukkan pemaksaan. Apa yang perlu kita tekankan disini adalah kita haruslah saling hormat-menghormati, memahami adat budaya etnik lain dan seterusnya menerima budaya mereka dengan hati yang terbuka, ini kerana dimata Allah kita semua serupa. Tiada apa yang membezakan kita selain amalan yang akan dibawa kelak. Allah menciptakan kita berbeza-beza pasti ada tujuannya. Dengan perbezaan ini, kita dapat mengenali etnik yang lain, budaya yang lain yang sememangnya berbeza dengan kita. Seterusnya membuat kita lebih bersyukur diatas apa yang telah Allah berikan.

No comments:

Post a Comment