2014180225
Dalam usaha membentuk hubungan etnik yang harmoni, Malaysia
telah memperkenalkan dasar yang boleh membawa kepada sikap toleransi dan
mewujudkan persefahaman antara kaum. Dalam Islam, soal perbezaan bukanlah satu
halangan dalam membentuk masyarakat yang saling menghormati satu sama lain,
tolong-menolong, bertolak ansur dan bekerjasama. Sejak zaman pemerintahan
Rasulullah SAW lagi, telah diajar untuk saling menghormati dan menerima
kelebihan atau kekurangan satu kaum itu. Ini merupakan sikap terpuji yang
diterapkan oleh Islam dalam menyatukan hubungan etnik yang berbilang kaum. Asas-asas
hubungan etnik ialah dari sifat-sifat Mahmudah yang menggalakkan kita untuk
berbuat baik sesama kita. Bermula dari berkenalan, kita haruslah rajin
berkomunikasi dan berkenalan dengan orang baru secara mendalam agar lebih timbul
rasa kasih sayang dalam persahabatan. Saling memahami dan bekerjasama akan
mewujudkan ukhuwah persaudaraan yang rapat. Faham sensitiviti dan menghormati segala
keputusan yang dibuat akan menjamin persahabatan yang akan kekal sekaligus
memberi gambaran baik kepada agama lain tentang keindahan Islam itu sendiri.
Jadi seharusnya kita belajar untuk memupuk dan menerapkan nilai-nilai ini dalam
diri kita agar perhubungan yang dibina diterima Allah. Aplikasikan nilai-nilai
asas kepada pembentukan hubungan etnik dalam perhubungan agar dapat merapatkan
lagi ukhuwah yang terjalin. Ini kerana, Allah menilai manusia itu bukan dari
paras rupanya sedangkan dengan ketakwaannya.
2014964799
Dalam topik ini saya telah pelajari tentang al-Ta’awun iaitu
tolong-menolong atau saling membantu. Manusia seharusnya sentiasa bekerjasama
bukan hanya di kalangan sesama agama tetapi melampau batas sempadan agama dalam
bentuk sumbangan tenaga, harta dan masa. Jika kita ingin membantu seseorang,
kita seharusnya membantu dengan ikhlas tanpa perlu mengira siapa individu tersebut,
agama yang dianuti dan kedudukan individu tersebut. Pelbagai perkara yang boleh
dihulurkan sebagai bantuan sama ada dalam bentuk wang, ilmu, dan sebagainya.
Selain itu, tiada batasan untuk kita membantu seseorang itu dan janganlah kita
mengharapkan balasan daripada bantuan yang dihulurkan kerana apa yang penting
ialah keikhlasan kita untuk membantu dan juga untuk mendapat keredhaan daripa
Allah S.W.T. Jika semua rakyat Malaysia bersifat seperti ini, kita akan dapat
menjadikan Malaysia sebuah negar yang maju dan aman.
2014734061
dalam topik Islam dan hubungan etnik, saya terpegun mendegar hujah ustazah tentang topik berilmu/ Al-'Ilm. seperti yang kita tahu, mencari ilmu adalah wajib bagi setiap orang islam. malah, wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W juga menyeru kita untuk membaca. sesungguhnya islam adalah ilmu, dan Al-Quran adalah kitab ilmu. segala hukum hakam dunia, cara berniaga dan pelbagainya telah dibincangkan di dalam Al-Quran. seperti kata ustazah, "jangan biarkan diri bodoh" sangat membuka mata saya dimana ia membangkitkan semangat saya untuk lebih mempelajari ilmu bukan daripada bidang saya sahaja malahan daripada bidang selain bidang saya. dengan adanya ilmu, sesebuah masyarakat itu akan sentiasa hidup di landasan yang betul dan bersatupadu antara ilmu pengetahuan dan keimanan.
2014767653
Topik islam dan hubungan etnik memberitahu kita tentang islam dan keharmonian hubungan etnik. Dalam islam, soal perbezaan bukan menjadi halangan untuk manusia berbaik baik, bekerjasama dan saling bantu membantu antara satu dengan yang lain. Nabi Muhammad SAW juga semasa hayatnya menunjukkan penghormatan kepada penganut agama lain. Kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW perlulah mencontohi sikap baginda. Menghormati penganut agama lain, tidak berprejudis kepada mereka dan saling bantu membantu. Salah satu asas hubungan etnik ialah faham- memahami. Sikap faham-memahami perlu diamalkan dalam hubungan etnik supaya tidak wujud prasangka perkauman yang boleh membawa kepada perasaan tidak puas hati dan permusuhan. Kita juga perlu memahami dan menghormati konsep agama masing-masing.
2014989725

Dalam bab Islam dan hubungan etnik,
harmoni dalam hubungan sesama etnik sangat penting dalam Islam tidak mengira
apa-apa perbezaan agama, kaum, warna kulit, dan sebagainya. Ini yang
menyebabkan Islam itu indah. Terdapat beberapa asas dalam hubungan etnik yang
perlu kita tahu bagi mengeratkan lagi hubungan sesama manusia di atas muka bumi
ini, Al-Taa’ruf adalah proses pertama dalam memulakan sesuatu perhubungan iaitu
berkenalan antara satu sama lain dengan lebih mendalam, kita memulakan dengan
berkomunikasi untuk tahu berkenaan diri empunya. Proses kedua adalah
Al-Tafahum, selepas kita sudah mengenal seseorang dan tahu bagaimana dengan
dirinya, dari situ kita akan faham dengan sikapnya, proses ketiga adalah
Al-Ta’awun iaitu apabila kita sudah mengenal diri mereka, sudah memahami diri
mereka, dari sini kita perlu saling tolong-menolong, sebagai contoh, jika kawan
kita jenis orang yang suka melambat-lambatkan solat, kita perlu bantu dia
mengingatkan dia untuk solat tepat pada waktu. Proses keempat, ukhuwah, untuk
menguatkan lagi dalam hubungan bersaudara, jangan lah kita berbuat perkara yang
tidak baik, sebagai contoh, kita dah tahu tentang orang ni macam mana, lepas tu
kita jaja cerita tidak baik tentang dia dekat orang lain seperti mengumpat, ini
yang tidak boleh kerana boleh menimbulkan pergaduhan dan memutuskan hubungan
silaturahim. Proses seterusnya adalah berkasih sayang, ini yang paling penting
sekali kerana jika tiadanya kasih sayang yang tersemai antara satu sama lain,
sesuatu perhubungan tidak boleh wujud dengan baik, kasih sayang yang tersemai
antara satu sama lain boleh menguatkan ikatan silaturahim antara satu sama
lain.
No comments:
Post a Comment