ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI MOGA INPUT YANG KAMI SEDIAKAN MEMBERI PENGETAHUAN YANG LEBIH UNTUK ANDA SEMUA

Tugasan 1 - Pengajaran Surah Al-Araf

Pengajaran Ayat 172-173

Ayat Al-Araf (7) : 172 - 173



Ayat 172-173 Surah Al-Araf menceritakan tentang bagaimana Allah SWT mengambil perjanjian terhadap keturunan Adam A.S untuk beribadah kepada Allah SWT dan tidak menyekutukannya dengan sesuatu. Ayat ini menggambarkan bahawa sejak dari alam roh lagi manusia telah membuat perjanjian untuk beribadah dan taat kepada perintah Allah. Ini menerangkan bahawa sejak dari alam roh lagi semua manusia ini sama di sisi Allah SWT. Semua makhluk dimuka bumi ini mempunyai Tuhan yang satu yakni Allah SWT. Mentauhidkan Allah di dalam setiap doa dan ibadat, dan percaya bahawa Allah yang mengatur dan menjaga alam ini. Allah juga yang menciptakan undang-undang dan hukum-hukum untuk mengatur kehidupan manusia di dunia dan akhirat. Hukuman Allah adalah adil dan saksama bagi setiap umatnya. Kita semua adalah sama walau berbeza kaum mahupun agama. Secara fitrahnya, manusia bertuhankan Allah SWT. Tetapi kerana kesombongan dan kekerasan hatinya, ia mengingkarinya. Maka di dalam hatinya terdapat sifat dusta. Manusia juga berjanji untuk mentauhidkan Allah SWT dan hanya meminta serta menyerahkan dirinya kepada-Nya. Setiap agama asalnya dari Allah SWT. Fitrah dalam mengenal Allah akan tetap ada dalam jiwa manusia dan tidak terpengaruh dengan perubahan kehidupan manusia sepanjang sejarah, bahkan oleh majunya teknologi dan peradaban. Tidak boleh menyalahkan orang tua mereka untuk agama yang dianuti sekarang kerana mereka telah bersaksi bahawa Allah adalah tuhan mereka. Oleh yang demikian, kita sebagai umat Islam haruslah menarik perhatian bukan Islam dengan cara yang telah diajar oleh Islam. Kita juga harus saling menghormati antara satu sama lain, Menerima kelebihan dan kekurangan seseorang tanpa melihat kaum, agama atau latar belakang keluarganya. Dan yang paling penting ialah mendalami ilmu agama kerana agama  banyak mengajar tentang nilai-nilai yang baik sekaligus menangani sikap prejudis.

No comments:

Post a Comment