2014180225
Minggu pertama pembelajaran dimulakan dengan
penceritaan tentang kejadian manusia sejak di alam roh lagi. Allah mewujudkan
manusia di dunia untuk kebahagiaan abadi. Manusia tidak mungkin terpisah dari
Tuhan. Dalam Surah Al-Araf ayat 172-173, Allah telah menjelaskan tentang
kesaksian terhadap setiap anak adam, dan manusia itu diciptakan oleh Allah
dengan membawa fitrahnya bertuhan yakni berketuhanan yang Maha Esa. Sejak di
alam roh lagi telah wujudnya sifat kasih sayang dan ukhuwah antara semua roh
yang merangkumi semua manusia sama ada beragama Islam atau bukan Islam. Semua
manusia hakikatnya atau asalnya seorang yang baik tetapi membuat jahat kerana
tergelincir atau tidak tahan godaan hawa nafsu. Namun manusia boleh berubah menjadi
baik dan semuannya bermula dari hati. Setiap perkara yang berlaku di alam roh,
kita sememangnya tidak tahu sebab Allah memperlupakan kerana setiap makhluk
Allah mempunyai sifat tersendiri yang Allah cipta. Seterusnya alam Rahim dimana
roh ditiupkan ke dalam janin dan segala apa yang berlaku di alam roh tidak lagi
diingati. Alam dunia adalah yang paling pendek dan kritikal. Tugas utama
manusia di alam dunia ialah mentauhidkan Allah dan melakukan segala suruhannya.
Hidup manusia bermula di alam roh dan berakhir di alam akhirat. Semua manusia
dilahirkan baik, jadi haruslah sentiasa bersangka baik dengan Allah, diri
sendiri dan semua manusia. Setiap dari kita mempunyai ikatan dengan Allah dan
seharusnya ikatan ini dijaga dengan sebaiknya.
2014989725
2014989725
Apa yang dapat saya pelajari di awal pembelajaran ini adalah
tentang kehidupan di alam roh, sebelum kita dilahirkan sebagai manusia, kita
sangat taat pada perintah Allah dan tidak pernah melanggar perintah Allah,
hidup kita sentiasa dipenuhi dengan kasih sayang dan tiada perasaan saling
benci-membenci. Itulah keindahan yang pernah berlaku dalam hidup kita pada satu
ketika, Allah telah memberikan kita peluang untuk hidup di dunia agar kelak
diberikan kebahagiaan abadi di akhirat tetapi harus kita ingat supaya sentiasa
taat pada perintah Allah kerana Allah telah menjanjikan syurga yang indah
kepada hambanya yang soleh dan solehah. Tidak dinafikan kita sebagai manusia
sentiasa melakukan kesalahan tetapi Allah maha pengampun, dan sentiasa
memberikan keampunan kepada hambanya yang sentiasa bertaubat, jangan lah kita
menyeksa roh dalam diri kita dengan melakukan perkara yang melanggar suruhan
Allah kerana hidup kita tidak akan pernah merasa tenang dan bahagia. Allah
menguji manusia sejauh mana tahap keimanan kita di dunia dengan melupakan
kehidupan kita di alam roh, dan yang paling utama manusia tidak terpisah dengan
Allah, Allah sentiasa ada di setiap hembusan nafas dan sentiasa bersama kita.
Allah telah mencipta dan menjaga kita dengan baik dan seharusnya kita harus taat
pada perintahnya dengan menyeimbangkan hal berkaitan dunia dan akhirat agar
kita diberkati oleh Allah. Sebagaimana kehidupan kita di alam roh yang asalnya
sentiasa melakukan kebaikan dan taat pada perintah Allah, begitulah
tanggungjawab yang harus kita pikul ketika ini dan selamanya agar mentaati
perintah Allah dan menjauhi larangan Nya.
2014378853
Manusia memulakan perjalanan hidup sejak dari alam roh. Allah menciptakan kita di dunia ini ada sebabnya. Wujudnya kita di dunia ini untuk mengecapi kebahagian yang abadi dengan menjalankan segala perintah dan tanggungjawab terhadap Allah S.W.T. Apa yang saya perolehi daripada pembelajaran minggu ini adalah semua manusia dimuka bumi ini tidak kira warna kulit, pangkat atau darjat adalah sama dimata Allah. Janganlah kita berasa diri terlalu hebat atau sudah cukup sempurna. Ketika di alam roh, manusia mempunyai sifat yang cukup baik kerana kita datang dari sisi Allah namun perjalanan kita sebagai manusia teruji dengan lahirnya didunia, iblis tidak akan leka dengan tujuannya yang satu iaitu menyesatkan kita. Oleh itu, kita tidak akan pernah untuk tidak melakukan kesilapan. Kesilapan yang kita lakukan itu apabila diingati kembali sudah cukup membuat kita mengalirkan air mata kerana perasaan kesal yang cukup menebal dalam hati. Pernah terlintas dalam hati, layakkah kita ini dimaafkan, sudikah Allah menerima taubat hambaNya. Namun bersangka baiklah pada Allah wahai sahabatku sekalian. Allah sentiasa menerima taubat hambaNya. Jangan kita terus sombong dan angkuh untuk sujud momohon keampunan dari Allah. Selama kita bernafas, kita tidak akan terpisah dengan Allah S.W.T kerana Allah sentiasa berada disisi kita. Buktinya, di saat kita sedih berduka, dengan izinNya, kita kembali mengukir senyuman. Dengan sekelip mata Allah mampu mengubah apa sahaja mengikut kemahuanNya.
2014906705
Minggu pertama kelas kami memulakan pembelajaran kami dengan topik "Roh" dimana ia merupakan perjalanan pertama seorang manusia sebelum mengenal apa yang ada didunia ini, Di alam roh juga manusia telah melakukan perjanjian dengan Allah S.W.T dan sememangnya fitrah manusia ini adalah pelupa dan tidak dapat mengingati ape yang telah dijanjikan dihadapan Allah S.W.T. Dalam Surah Al-Araaf ayat 172 bekenaan dengan perjanjian manusia bahawasanya " dan ingatlah ketika Tuhanmu mengeluarkan anak adam dari subli mereka dan Allah mengambil kesaksian mereka, seraya berfirman " bukan kah aku ini Tuhanmu" mereke menjawab "betul "Engkau Tuhan Kami" kami menjadi saksi agar pada hari kiamat kamu tidak mengatakan. " sesungguhnya kami (bani adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keEsaan Tuhan) . secara teperncinya manusia ini sejak alam roh lagi telah mengakui KeEsaan Allah S.W.T dan telah disaksikan oleh sekalian manusia. perjanjian ini tidak dapat di ingat oleh sekalian manusia ini kerana fitrah manusia yang pelupa, dan apabila manusia itu dilahirkan ia suci dan agamanya ditentukan oleh ibu bapa mereka, "Aku bersaksi tiada tuhan Melainkan Allah dan Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah"

2014597879
Apa yang dapat saya simpulakan daripada pelajaran harini adalah, kehidupan manusia ini tidaklah bermula dan berakhir di dunia. Perjalanan hidup kita ini bermula di alam roh kemudian barulah dilahirkan ke dunia ini dan ke destinasi seterusnya iaitu akhirat. Semua manusia asalnya dilahirkan dengan sifat yang baik dan mula berubah apabila hidup di dunia. Kita seharusnya tahu bahawa manusia ini diwujudkan dan dilahirkan ke dunia ini adalah kerana Allah s.w.t ingin memberi peluang kepada hamba-Nya untuk mengecapi kebahagiaan abadi iaitu ketika di akhirat. Walaupun kita sebagai hamba-Nya tidak pernah nampak akan kewujudan Allah s.w.t. namun manusia sebenarnya tidak mungkin pernah terpisah dari penciptanya. Allah sentiasa ada dan sangat dekat dengan kita. Buktinya, di setiap hela nafas yang kita hirup selama ini. Kita dapat bernafas selama ini adalah dengan izin dari-Nya. Jadi kita sebagai hamba-Nya haruslah sentiasa bersyukur di atas segala nikmat yang telah dikurniakan dan menggunakan nikmat itu dengan sebaik-baiknya.
2014734061

Manusia bermula bukanlah daripada dunia tetapi daripada alam
roh dan akan berakhir di hari akhirat. Dalam stiap nafas manusia juga adanya
Allah. Manusia dan Allah tidak akan terpisah. Berdasarkan daripada apa yang
saya dapat melalui pembelajaran pada minggu ini adalah semua manusia haruslah
bersangka baik dengan Allah. Walaupun kita telah melakukan melakukan kesalahn,
Allah sentiasa ada untuk mengampuni hambanya asalkan manusia berbalik kepada
allah dan manusia harus mempercayai akan hari akhirat kerana disitulah
pengakhiran abadi bagi semua umat manusia.
2014964799
Pada minggu pertama, ustazah ada menerangkan sedikit tentang alam roh terhadap kami. Apa yang telah saya pelajari, sebelum manusia diturunkan ke bumi, kita telah melalui alam roh di mana semua roh telah di kumpulkan di satu tempat dan telah bersaksi bahawa Allah S.W.T. adalah Tuhan kami. Tetapi apabila turun ke bumi, manusia telah lupa akan janji mereka kepada Allah S.W.T. dan beramal dengan agama yang selain daripada Islam. Walaupun begitu, Allah tidak perlu melupakan umat-umatNya dan sentiasa menurunkan nikmat kepada kita dan sentiasa memberi ujian kepada kita untuk menunjukkan kasih sayangNya kepada kita. Tetapi, kita sebagai manusia hanya mengingatinya dikala susah dan apabila kita memerlukan pertolongan daripadaNya. Kita lupa akan kewujudan Allah sedangkan Allah sentisa berada dalam setiap helaan nafas kita dan kita sebagai manusia hanya perlu sentiasa mentaati setiap perintah Allah dan menghindari semua laranganNya untuk mendapatkan kehidupan yang abadi di akhirat kelak.
2014767653
Pada minggu ini saya dapat memahami yang setiap manusia akan bermula dengan alam roh dan berakhir dengan alam akhirat. Allah mencipta manusia untuk memberikan ruang kebahagiaan abadi kepada manusia. Manusia juga sesungguhnya tidak boleh dipisahkan dgn tuhan. Dimana ada manusia disitu ada tuhan. Kita sebagai manusia tidak harus bersifat sombong dgn pencipta kita iaitu Allah. Apa sahaja telah diberikan untuk kita. Jadi kita harus mensyukuri nikmat yang diberi.
2014333649
Pada minggu pertama ini, kami telah mempelajari tentang proses kejadian manusia yang telah bermula sejak alam roh lagi. Apabila peringkat peniupan roh berlaku, nilai kehidupan mereka telah pun bermula sejak di alam rahim lagi. Ketika di alam rahim perkembangan mereka bukanlah proses perkembangan fizikal semata-mata tetapi telahpun mempunyai hubungan dengan Allah SWT melalui ikatan kesaksian sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran surah al-A’raf : 172. Menurut ayat ini juga, dapat disimpulkan bahawa mencari dan mengenal Tuhan merupakan sebuah fitrah yang sebelumnya telah ditanamkan Allah SWT kepada semua umat manusia. Fitrah itu tetap ada dalam jiwa manusia dan tidak akan terpengaruh oleh berbagai perubahan kehidupan manusia sepanjang sejarah, bahkan oleh majunya teknologi dan peradaban. Seterusnya ayat ini memberi pengajaran bahawa nenek moyang tidak boleh menyebabkan manusia melakukan peyimpangan dari kebenaran. Dengan indentiti roh dan jasad saling bantu membantu untuk meningkatkan martabat dan kejadian insan disisi Allah SWT. Kesimpulannya dengan paparan ringkas ini kita dapat mengetahui bagaimana proses kejadian manusia dan membuktikan Kekuasaan dan Kehebatan Allah SWT. Mudah-mudahan kita semuamenjadi insan yang sentiasa mengenali diri dan mengetahui asal-usul kejadiannya. Agar kitajuga tidak menjadi manusia yang mudah lupa diri dan asal-usul siapakah sebenarnya diri kita.

2014337541
Unit asas dalam sesebuah keluarga adalah seseorang individu .Dalam diri setiap individu terdapatnya roh.Roh pada asalnya bersifat dengan sifat mahmudah.Oleh yang demikian, semua manusia pada asalnya baik dan tidak ada sebarang sifat yang buruk kerana Allah yang menciptakan roh. Sesuatu yang datangnya dari Allah adalah yang baik-baik. Kehidupan bermasyarakat bermula sejak dari alam roh lagi. Apabila Allah bertanyakan semula tentang ketuhanan bagi member pilihan kepada roh , roh mengakui bahawa Allah sahaja tuhan mereka. Sebab mengapa roh mengakui adalah kerana mereka Nampak kekuasaan Allah . Manusia boleh menjadi baik walaupun mereka telah melakukan kesalahan yang paling besar atas muka bumi ini.
No comments:
Post a Comment