ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI MOGA INPUT YANG KAMI SEDIAKAN MEMBERI PENGETAHUAN YANG LEBIH UNTUK ANDA SEMUA

Tugasan 4 - Piagam Atlantik dan Keranda 152



Piagam Atlantik


  • Pada 14 ogos 1941, British tandatangani Piagam Atlantik yang mengisytiharkan bahawa semua negara-negara dunia berhak untuk menetukan dan memerintah negara mereka sendiri (piagam ini adalah 4 bulan sebelum serangan Jepun di Tanah Melayu
  • British merancang untuk bebaskan Tanah Melayu untuk dimerdekakan tetapi sengaja dilengahkan disebabkan Tanah Melayu memiliki sumber kekayaan
  • Ditandatangani diatas kapal perang inggeris HMS Prince of Wales yang ditenggelamkan semasa serangan Jepun pada 10 Disember 1941
  • Ditandatangani oleh Franklind Roosevlte ( Presiden Amerika ) dan Winston Churchill (perdana menteri inggeris )

Isi perjanjian Atlantik
1-  Tidak boleh ada perluasan daerah, jika tidak dengan kemahuan penduduk asal
2-  Semua bangsa berhak menentukan bentuk dan corak negaranya sendiri
3-  Semua negara dibenarkan ikut serta dalam perdagangan antarabangsa
4-  Membentuk keamanan dunia setiap bangsa dapat hidup bebas dari rasa takut dan kekurangan
5- Menolak kekerasan dalam menyelesaikan pertikaian antara bangsa kecuali untuk kepentingan umum.






Keranda 152

  • Ia merujuk kepada perarakan bantahan para pejuang bahasa melayu terutama penulis dari Dewan
  • Bahasa dan Pustaka pada 3 Mac 1967 di Balai Budaya , Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tokoh-tokoh penting seperti Usman Awang (editor dewan masyarakat ,sastera dan budaya)
  • Simbolik kepada kematian Bahasa Melayu apabila kerajaan Malaysia tidak menepati janji untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar  dan bahasa dalam bidang kehakiman
  • Dalam Perlembagaan Perseketuan Pekara 152 meletakan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan (salah satu kontraksosial yang dipersetujui oleh Cina dan India)
  • Ketika Malaysia baru sahaja Merdeka (1957) , Parti pemerintah beranggapan bahawa bahasa melayu belum bersedia mengambil alih tugas bahasa Inggeris yang digunakan oleh pentadbiran penjajah dalam segala urusan rasmi dan pentadbiran negara
  • Lebih 2000 orang pejuang bahasa termasuklah Tun Syed Nasir Ismail dan Usman Awang berhimpun dan berucap di Balai Budaya (DBP) selepas solat jumaat pada 3 Mac 1967, mereka berarak membawa keranda putih bertulis Pekara 152 ke bangunan Parlimen di Jalan Mahameru tetapi kerajaan perikatan tetap bertegas dengan bahasa Inggeris .
  • Kesan terhadap situasi berikut menyebabkan murid-murid darjah 1 Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Inggeris) telah belajar semula mata pelajaran Bahasa Melayu
  • Bahasa melayu dijadikan bahasa pengantara dasar pendidikan negara yang menyebabkan wujudnya UKM (1970) yang menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya.
  • Perarakan Keranda 2009, perarakan aktivis bahasa dan rakyat Malaysia yang antara lain mahu polisi pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris dimansuhkan 
  • Disertai oleh 8000 orang pada pukul 2 petang ( 7Mac 2009) menuju Istana Negara bagi menyerahkan memorundum kepada Yang Di-Dipertuan Agong
  • Dianjurkan oleh Gabungan Mansuhkan PPSMI dan disertai oleh sasterawan negara Datul A. Samad Said dan pengerusi GMP Datuk Dr. Hassan Ahmad serta barisan pemimpin politik.


No comments:

Post a Comment