ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI MOGA INPUT YANG KAMI SEDIAKAN MEMBERI PENGETAHUAN YANG LEBIH UNTUK ANDA SEMUA

Minggu Ketujuh

REFLEKSI (BAB 4 - PEMBANGUNAN POLITIK DAN HUBUNGAN ETNIK)

2014180225

Usaha memupuk hubungan etnik yang harmoni haruslah memerlukan tindakan secara formal oleh pihak atasan. Kunci utama kepada akomodasi permuafakatan ialah proses bertolak ansur dan tawar-menawar dalam kalangan golongan elit politik, tanpa mengancam kedudukan komuniti terbabit. Hubungan etnik yang harmoni memainkan peranan penting bagi memastikan pembangunan politik yang sihat dan matang. Dalam tajuk pembangunan politik dan hubungan etnik, tajuk yang menjadi keutamaan saya ialah cabaran pembinaan negara bangsa. Cabaran-cabaran dalam pembinaan negara bangsa ialah migrasi, penjajahan, gabungan wilayah dan gabungan etnik yang berbeza. Antara cabaran yang paling penting ialah penjajahan. Penjajahan dalam konteks ini ialah dari segi gaya hidup. Perbandingan yang paling ketara boleh dilihat dari segi gaya hidup masyarakat dahulu dan sekarang. Contohnya, masyarakat dahulu sangat mementingkan batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Mereka sangat menjaga batas-batas dalam percakapan, dan pergaulan antara lelaki dan perempuan. Berbeza dengan zaman sekarang yang mana lelaki dan perempuan bebas dalam pergaulan tanpa ada rasa malu. Ini sangat berbeza dan bertentangan dengan ajaran Islam dan juga adat-adat orang Melayu. Perkara sebegini yang menjadi cabaran dan menyebabkan pembinaan negara bangsa terjejas. Penjajahan dari Barat juga menjadi faktor dalam membina negara bangsa. Cara pemakaian dan hiburan yang melalaikan sedikit sebanyak mengganggu gugat perjalanan dalam pembinaan negara bangsa. Jadi kita seharusnya menjadi seorang yang berilmu dalam membezakan perkara yang baik mahupun perkara yang boleh menjatuhkan sesebuah negara. Pembinaan negara bangsa dapat dicapai dengan adanya masyarakat yang bersatu padu dan bijak dalam menilai baik buruk sesuatu perkara itu supaya negara bangsa dapat dibentuk dengan jayanya.

2014989725

Apa yang telah saya pelajari daripada bab ini salah satunya adalah negara bangsa, negara bangsa  adalah semua masyarakat mendukung satu bangsa dan satu negara yang tegak di atas satu identiti negara yang sama yang di menifestasikan oleh pemikiran, nilai-nilai sosiobudaya, lambang-lambang dan sentiasa berpegang kepada jiwa kemanusiaan dan kerohanian yang tinggi. Bangsa yang bertamadun mempunyai identiti peradabannya yang tersendiri. Terdapat dua ciri-ciri negara bangsa yang perlu kita tahu iaitu kenegaraan dan kewarganegaraan. Konsep kenegaraan ini perlu dipupuk dalam diri setiap rakyat negara itu demi keutuhan negara sebagai kumpulan sosial. Semangat kenegaraan ini boleh ditanam melalui simbol-simbol yang mewakili keutuhan negara seperti bendera Malaysia, lagu kebangsaan dan rukun negara. Manakala konsep kewarganegaraan pula dapat diperjelaskan bahawa bangsa Melayu, cina, india dan lain-lain dapat di satukan melalui kewarganegaraan yang sama iaitu warganegara Malaysia. Tetapi dalam membina negara bangsa, terdapat beberapa cabaran yang perlu di tempuhi antaranya adalah migrasi, iaitu seperti yang kita lihat banyak pendatang-pendatang asing yang datang ke negara kita kerana ingin mendapatkan pekerjaan, tetapi masalahnya, mereka telah membawa nilai yang berbeza dengan kita dan meningkatkan kadar jenayah di Malaysia, ini yang menyebabkan kita rasa tidak selamat untuk duduk di negara sendiri, ini lah cabaran bagi kita untuk membina negara bangsa yang aman dan harmoni. Dan cabaran gabungan wilayah yang berbeza, dengan menubuhkan Malaysia, mereka telah menggabungkan seluruh semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak, sebenarnya ini sangat bagus kerana kita boleh saling belajar antara satu sama lain, tetapi masalah yang di ke tengah kan adalah menerima budaya dan adat yang bertentangan dengan nilai budaya yang asal kerana ini boleh menyebabkan pergaduhan sesama sendiri dan prejudis antara satu sama lain. Untuk membina negara bangsa yang bertamadun, kita perlu berpegang pada perlembagaan yang sudah di kira memberikan keadilan untuk semua kaum di Malaysia dan yang paling penting berbalik kepada Al-Quran dan As-Sunah. 

2014964799 

Minggu ini kami belajar  tentang topik Pembangunan Politik dan Hubungan Etnik. Apa yang ingin saya bincangkan di sini ialah tentang cabaran yang dihadapi untuk menubuhan negara bangsa. Antara cabaran yang dihadapi ialah migrasi, penjajahan, gabungan wilayah yang berbeza dan gabungan etnik yang berbeza. Pertama, migrasi ialah kedatangan pendatang asing ke Malaysia sama ada untuk bekerja atau belajar. Mereka ini datang dengan membawa nilai-nilai atau cara kehidupan mereka dan memberi pengaruh buruk kepada rakyat Malaysia yang mudah terpengaruh terutamanya remaja. Kedua, semasa penjajahan British, mereka telah membawa masuk buruh dari Cina dan India ke Tanah Melayu dan sekarang mereka telah menjadi warganegara Malaysia. Ketiga-tiga kaum ini telah menjadi kaum utama di Malaysia dan ini menjadi cabaran kepada Malaysia untuk mengekalkan kesepaduan ketiga-tiga kaum ini. Ketiga ialah gabungan wilayah yang berbeza. Malaysia wujud dengan gabungan daripada Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Ini menjadi cabaran kepada negara untuk menubuhkan negara bangsa kerana setiap negeri mempunyai cara pemerintahan yang berbeza. Selain itu, adat dan budaya yang berbeza juga menjadi cabaran kerana sukar untuk diterima dan difahami oleh negeri lain. Dan yang terakhir ialah gabungan etnik yang berbeza. Kesan daripada penggabungan Malaysia, terdapat pelbagai etnik di Malaysia dan setiap etnik ini mempunyai agama, budaya dan adat yang berbeza. Hal ini menyukarkan kesemua etnik ini untuk menerima dan memahami adat dan budaya etnik mereka. Jadi pada pandangan saya, untuk mewujudkan sebuah negara bangsa semua rakyat walaupun berbeza etnik dan agama tidak sepatutnya menjadikan ini satu halangan atau cabaran dan haruslah sentiasa bersifat terbuka untuk menerima adat dan budaya etnik-etnik yang terdapat di Malaysia ini tanpa perlu melupakan nilai-nilai agama dan adat kita sendiri.  

2014734061
pada topik pembangunan politik dan hubungan etnik ini, saya tertarik dengan topik cabaran pembinaan negara bangsa. unutk membina negara bangsa yang kukuh bukanlah mudah. kerajaan perlu menghadapi cabaran-cabaran yang datang seperti migrasi. orang luar yang datang ke negara kita seperti warga bangladesh, myanmar dan lain-lain mempunyai nilai dan adat yang berbeza. nilai yang mereka bawa masuk adalah tidak sama dengan nilai kita rakyat malaysia. selain itu, dari segi kesan selepas penjajahan, ianya meninggalkan kesan yang mendalam pada kita dimana dapat kita lihat perubahan dari segi gaya hidup. orang melayu mula mengikut cara pemakaian, hiburan makanan orang barat dan jika tidak dibendung, tidak mustahil gaya hidup orang melayu terdahulu akan hilang.
tambahan lagi, gabungan wilayah yang berbeza seperti menggabungkan sabah serawak dengan semenanjung malaysia. seperti yang kita tahu, sabah sarawak mempunyai pelbagai etnik dan setiap satu daripadanya mempunya nilai yang berbeza. nilai yang berbeza ini boleh menimbulkan pergaduhan antara etnik dan kaum jika sesuatu kaum itu tidak saling mengenali dengan baik. akhir sekali adalah gabungan etnik yang berbeza, dimana kalau di semenanjung hanya ada kaum melayu cina india dan di sabah dan serawak etnik yang pelbagai seperti iban, murut, bidayuh, dusun dan lain. etnik yang berbeza ini menyukarkan pembinaan negar bangsa keran jika tersalah mengambil langkah, boleh menimbulkan kemarahan etnik atau kau lain. sehubungan dengan itu, setiap rakyat yang hidup dalam negara Malaysia haruslah mencuba untuk memahami setiap ciri, budaya dan keunikan etnik lain agar pembinaan negara bangsa ynag kukuh dapat dibina dan dikekalkan disamping menjamin kesejahteraan hidup penduduk Malaysia.

2014767653
Topik pembangunan politik dan hubungan etnik ini memperkenalkan saya dengan situasi politik sebelum merdeka dan selepas merdeka. Saya juga dapat mengetahui bagaimana revolusi perancis memberi kesan kepada dasar politik dimalaysia. Kalau dahulu semua keputusan dibuat oleh sultan atau raja tetapi selepas revolusi perancis sistem beraja telah ditukar kepada sistem  demokrasi. Dimana setiap rakyat diberikan kuasa bersuara. Sekarang juga rakyat mempunyai kuasa bersuara. Kuasa bersuara ini perlu untuk meluahkan pandangan tetapi harus dikawal supaya tidak menjadi pergaduhan.

2014906705

Minggu ini kami menyentuh tentang bab Pembangunann Politik apa yang dapat saya simpulkan politik ini merupakan tunjang kepada proses pembangunan secara terancang yang melibatkan tadbir urus negara dari cara lama dan baru. dalam pada itu pembinaan negara bangsa  merupakan proses penyatuan bangsa serta diperkuatkan lagi dengan persempadanan wilayah tertentu sebgai identiti yang lahir pada zaman moden.diamana penduduknya berbagai etnik. selain itu ia juga mewujudkan masyarakat yang majmuk dan dengan terlahir nya cetusan wawasan 2020 ke arah negara maju kandungan 9 cabaran utama dan salah satunya adalah membentuk negara bangsa yang besatu padu. dengan itu kita sebagai rakyat malaysia sentiasa berdiri teguh bersama-sama bagi merealisikan kan harapan negara kearah negara maju 2020. ini kerana goyahnya sesuatu politik itu akan dirasai oleh kita sendiri.

2014337541


Pembangunan politik amat penting kepada hubungan etnik kerana ia menjamin kesejahteraan sesebuah negara. Jika sesebuah tersebut mempunyai kestabilan politik yang amat baik , ia telah menunjukkan bahawa negara tersebut telah mencapai kata sepakat antara satu sama lain dan sokongan yang amat tinggi daripada rakyat. Oleh demikian, negara akan menjadi lebih harmoni dan aman jika pembangunan politiknya membangun dengan jayanya.

2014597879

Pembangunan politik juga merupakan elemen penting selain daripada pembangunan ekonomi kerana kestabilan politik menunjukan kesepakatan masyarakat dalam sesebuah negara walaupun mempunyai perbezaan ideologi politik. Namun, dalam membina negara bangsa mempunyai cabarannya yang tersendiri. Antaranya dari segi golongan etnik yang berbeza. Hal ini kerana masyarakat mengambil masa yang lama untuk menerima dan memahami akan perbezaan budaya sesuatu kaum. 

No comments:

Post a Comment