ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI MOGA INPUT YANG KAMI SEDIAKAN MEMBERI PENGETAHUAN YANG LEBIH UNTUK ANDA SEMUA

Minggu Kelima

REFLEKSI (BAB 3 - PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK                     DI MALAYSIA)

2014180225

Refleksi pada minggu ini ialah di bawah tajuk perlembagaan. Tiga perkara penting dalam tajuk ini ialah Piagam Madinah, Bahasa Melayu dan juga kedudukan istimewaan orang Melayu. Piagam Madinah ialah perlembagaan bertulis pertama di dunia. Diwujudkan oleh Nabi Muhammad SAW sebagai panduan kepada pembentukan negara Islam yang berdaulat. Piagam Madinah sangat berkesan dalam membentuk perpaduan orang Islam dan orang bukan Islam sejak dulu lagi. Piagam Madinah sangat berkesan sehingga 2/3 dunia kerana ianya datang dari Allah SWT dan kerana keadilan dan kebebasan yang diberikan kepada orang bukan Islam dalam mengamalkan agama masing-masing. Seterusnya Bahasa Melayu. Bahasa Melayu sangat penting dalam menyatukan semua kaum. Sebagai orang Melayu kita seharusnya bangga kerana bangsa dan kaum lain belajar Bahasa Melayu. Tulisan jawi juga seharusnya tidak dilupakan agar menjadi tunjang dalam mengagungkan keistimewaan orang Melayu. Kedudukan orang Melayu juga haruslah dipelihara dari terhakis ditelan zaman. Sebagai pewaris bangsa di masa akan datang, kita seharusnya bangkit dan tetap pertahankan hak-hak orang Melayu dari terus dijajah dan hilang mengikut peredaran masa. Semua orang haruslah bersatu dan bekerjasama dalam mengekalkan perpaduan antara kaum yang seharusnya berasaskan Al-Quran dan As-sunnah.


2014989725


Perlembagaan adalah sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara dan berperanan sebagai panduan bagi pembentukan undang-undang sama ada di pihak kerajaan atau rakyat. Pentingnya perlembagaan ini untuk menjamin kestabilan politik dan sistem pemerintahan, melindungi kepentingan semua etnik di dalam negara dan mewujudkan rangka sistem politik ang sistematik. Apa yang saya ingin fokuskan di dalam perlembagaan ini adalah berkenaan dengan perkara 152 iaitu bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu ( bahasa rasmi negara ). Sebagai satu bahasa yang menyatukan rakyat pelbagai kaum. Ia adalah mudah untuk dipelajari dan bersifat lebih tekal dari segi istilah dan sebutannya. Bahasa Melayu diguna meluas di seluruh dunia sebagai bahasa perantara terutama untuk berdagang. Kita perlu mempertahankan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, jangan lah biarkan peristiwa keranda 152 pada tahun 1967 dan 2009 berlaku lagi, bahasa Melayu ini yang membawa kepada kemajuan negara Malaysia pada suatu ketika dahulu dan juga sekarang, tidak salah boleh menguasai bahasa Inggeris, kita perlu tahu juga untuk berkomunikasi dengan dunia dan tidak menjadi negara yang mundur dan ketinggalan. Bahasa Melayu perlu di kekalkan demi kesejahteraan negara. 


2014964799

Pada minggu ini, saya telah pelajari tentang Perlembagaan Malaysia Dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia. Dalam topik ini ada menerangkan tentang Malayan Union. Selepas Jepun menyerah kalah dan British datang semula ke Tanah Melayu dan Parlimen British telah meluluskan Malayan Union. Raja-Raja Melayu telah dipaksa oleh Sir Harold Mac Michael untuk menerima Malayan Union. Tetapi Malayan Union telah mendapat tentangan yang hebat daripada orang Melayu kerana memberikan hak kerakyatan berdasarkan prinsip jus soli dan hak sama rata kepada semua bangsa dan penduduk peribumi tidak memiliki apa-apa keistimewaan. Selain itu, cara Sir Harold Mac Michael mendapatkan tandatangan daripada Raja-Raja Melayu juga menjadi faktor penentangan ini. Disebabkan tentangan daripada orang Melayu, British terpaksa membatalkan Malayan Union, Jadi, apa yang saya pelajari daripada topik ini ialah, perpaduan orang Melayu sangat hebat sehingga mampu melemahkan kuasa besar seperti British untuk menurut kehendak orang Melayu. Dan kita sebagai rakyat Malaysia dan orang Melayu jika sentiasa bersatu padu dan terus bantu membantu di antara satu sama lain, kita akan menjadi sebuah negara yang hebat, maju dan disegani negara lain.

2014734061



Melalui topik Perlembagaan Malaysia dalam konteks hubungan etnik di Malaysia, apa yang dapat dipelajari pada topik ini adalah mengenai perlembagaan dimana ianya adalah sebuah institusi tertinggi di Malaysia dan tidak ada institusi lain yang boleh overpower perlembagaan. Jika sesuatu undang-undang sama ada undang-undang persekutuan atau negeri bercanggah dengan perlembagaan persekutuan, ianya boleh disytiharkan tidak sah oleh mahkamah. Oleh sebab itu, adanya rukun negara yang ke-3 iaitu keluhuran perlembagaan. Perlembagaan penting dalam sesebuah negara bagi menjamin kestabilan politik dan system pentadbiran yang cekap dan berkesan. Perlembagaan juga menjamin kesejahteraan, keselamatan rakyat di samping melindungi kepentingan semua rakyat, kaum yang dapat memupuk perpaduan nasional dan meningkatkan pembangunan negara saya juga tertarik tentang perkara 152 iaitu Bahasa kebangsaan adalah Bahasa melayu. Sepereti apa yang kita tahu, Bahasa Melayu telah menjadi lingua franca di nusantara sejak berabad lamanya dan telah digunakan secara meluas sebelum perang dunia bagi tujuan rasmi. Jadi, generasi sekarang haruslah memartabatkan Bahasa melayu sebagai Bahasa rasmi di negara ini. Namun, apa yang menyedihkan sekarang adalah generasi kini lebih mengagungkan Bahasa inggeris sehinggakan ada nak kecil sekarang tidak tahu bertutur dalam Bahasa melayu. Jika boleh bertutur dalam Bahasa inggeris, ianya adalah sesuatu bonus kerana kita dapat bertutur dalam Bahasa asing, namun, sebagai rakyat Malaysia, kita tidak seharusnya menyisihkan Bahasa melayu. Jika kita tidak memartabatkan Bahasa melayu kita, siapa lagi yang boleh?

2014767653


Apa yang saya peroleh dari topik perlembagaan ialah apa sahaja keputusan yang dibuat di dalam Malaysia ini mestilah berpandukan perlembagaan. Negara yang berperlembagaan dapat menghasilkan negara yang aman dan harmoni. Rakyatnya juga hidup tanpa ada pergaduhan dan prejudis sesama sendiri.

201490670

Minggu ini kami menyentuh bab 3 bertajuk Perlembagaan Malaysia Dalam Konteks Hubungan Etnik. apa yang dapat saya simpulkan perlembgaan merupakan struktur sistem yang dirangka bagi melicinkan pentadbiran negara dalam menjamin kedaulatan sesebuah negara. dalam konteks perlembagan juga ia berkait rapat dengan artikel-artikel perlembagaan. sebagai diskusi nya saya menjelaskan artikel 153 yang menerangkan hak keistemewaan melayu dan penduduk asal yang telah digabungkan dibawah satu kumpulan yang dikenali sebagai bumiputera dimana Yang di-Pertuan Agong menjaga hak keistimewaan orang melayu dan bumiputera dari segi sektor pendidikan, pekerjaan, biasiswa dan lain-lain yang berkait rapat bagi memartabatkan bangsa melayu dan bumiputera. ini dapat dilihat dari keprihatinan negara dalam mendaulatkan bangsa itu sendiri . dengan itu kita perlu la menjaga kepentingan dan hak yang kita ada ini dengan sebaiknya dan sentiasa duduk dibawah sebuah bendera yang tercinta. bak kata pujangga  "tidak melayu hilang di dunia".


2014337541

Apa yang dapat saya pelajari dalam bab ini adalah sifat perpaduan antara kaum di Malaysia . Ini dapat dilihat apabila mereka berjaya membuatkan British mengalah dan tidak meneruskan penebuhan Malayan Union disebabkan perpaduan mereka. Selain itu, dapat dilihat juga keberkesan piagam madinah dalam pentadbiran sangat berjaya dilaksanakan sehingga ia dijadika sebagai panduan dalam pentadbiran negara Malaysia sehingga kini. Sumber piagam madinah adalah daripada al-quran dan as-sunnah.

2014378853

Apa yang saya perolehi dan fahami dalam bab ini adalah dimana penerimaan bangsa lain selain Melayu dalam pembentukan perlembagaan. Walaupun sebelumnya telah tercetus peristiwa 13 Mei namun usaha yang telah dibawa dalam memperkenalkan Rukun Negara dapat menyatukan kaum dengan menetapkan ideologi yang satu ini. Begitu terkesan sekali dihati, dimana pengorbanan orang Melayu dan kesanggupan penerimaan etnik lain terhadap perkara-perkara yang terkandung dalam perlembagaan telah membawa keamanan negara,perpaduan, yang jitu di kalangan rakyat seterusnya dapat membantu negara dalam mencapai negara maju. 

2014597879

Perlembagaan merupakan elemen terpenting di sesebuah negara. Ianya dijadikan panduan dan mampu mengekalkan keharmonian negara. Hal ini kerana, segala yang temaktub di bawahnya haruslah dipatuhi. Pembentukan perlembagaan jelas menunjukkan sikap toleransi sesama kaum apabila mereka masing-masing menerima perkara-perkara yang termaktub didalam perlembagaan secara terbuka seperti Perkara 3 iaitu Agama Islam adalah agama persekutuan dan Perkara 14 iaitu peruntukan mengenai kewarganegaraan. 

No comments:

Post a Comment