ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI MOGA INPUT YANG KAMI SEDIAKAN MEMBERI PENGETAHUAN YANG LEBIH UNTUK ANDA SEMUA

Tugasan 6 - Perlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik

TUGASAN CUTI PERTENGAHAN SEMESTER

Bab 3:  Perlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik
NOVEMBER 2015

Soalan 1:  Jelaskan konsep perlembagaan

Konsep Perlembagaan Persekutuan Malaysia merupakan perlembagaan bertulis yang mengandungi 15 Bahagian, 183 Perkara dan 13 Jadual yang meliputi kuasa eksekutif, legislatif, kehakiman, kedudukan agama Islam, kewarganegaraan, bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak dan lain-lain lagi. Tidak ada undang-undang atau institusi boleh melangkaui perlembagaan sebagaimana termaktub dalan Perkara 4(1) iaitu; “Perlembagaan ini adalah undang-undang utama bagi Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka yang bertentangan dengan Perlembagaan ini adalah tidak sah setakat yang bertentangan itu”. Perlembagaan bertujuan untuk memastikan kewujudan sebuah pemerintahan yang adil, menggelakkan penyalahgunaan kuasa, mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat serta menjamin keamanan dan kestabilan negara.

Apakah yang dimaksudkan dengan perlembagaan?

Perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua susunan peraturan dan undang-undang dasar yang dianggap penting bagi pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara. Perlembagaan berperanan menentukan bidang kuasa pemerintahan, bentuk sesebuah kerajaan dan hak-hak rakyat.

Apakah komponen utama yang terkandung dalam perlembagaan?

Sistem dan struktur organisasi Kerajaan Malaysia mengandungi tiga (3) komponen utama iaitu :-
a) Badan Perundangan (Legislative)
b) Badan Pemerintah (Executive)
c) Badan Kehakiman (Judicirial)

Badan Perundangan (Legislative) hanya membuat undang-undang dan tidak boleh menyerahkan kuasa ini kepada sesiapa pun dan tidak boleh mempunyai kuasa yang lain. Badan ini dikenali sebagai Parlimen Malaysia dan mengandungi tiga elemen utama iaitu Yang Di Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Segala undang-undang yang dibawa ke Parlimen hendaklah diluluskan oleh ketiga-tiga elemen tersebut. Dalam hal ini, Yang Di Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk memanggil, memberhentikan ataupun membubarkan Parlimen diatas nasihat Jemaah Menteri. Namun begitu, Yang Di Pertuan Agong tidak perlu menghadiri sidang Parlimen kecuali bertitah semasa pembukaan rasmi penggal Parlimen. Perundangan adalah merujuk kepada undang-undang yang digubal oleh badan khas yang bertanggungjwab dari segi perlembagaan. Fungsi utama perundangan adalah untuk menggubal, meminda atau membatalkan undang-undang.

Badan Kehakiman (Judicirial) adalah badan yang menjalankan kuasa kehakiman di negara ini. Mengiktu Perkara 121 (1) Perlembagaan Persekutuan, kuasa kehakiman bagi Persekutuan adalah terletak di Mahkamah Tinggi di Malaya dan Mahkamah Tinggi di Borneo dan juga mana-mana Mahkamah bawahan yang telag diperuntukkan undang-undang Persekutuan. Kuasa-kuasa kehakiman dinegara ini terleatk di Mahkamah Agong, Mahkamah Rayuan, Mahkamah-Mahkamah Tinggi dan mahkamah-Mahkamah Bawahan. Bagi menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Hakim, ianya mestilah tidak terpengaruh atau menyebelahi mana-mana pihak, kebebasan untuk menjalankan tugas-tugas hendaklah terjamin. Pihak kehakiman memstilah mempunyai kebebasan untuk bertindak sebagai sebuah institusi.

         
Soalan 2:  Mengapakah perlembagaan penting?

Perlembagaan penting bagi sesebuah negara untuk menjamin kestabilan politik dan sistem pentadbiran yang cekap dan berkesan. Perlembagaan menentukan corak pemerintahan, pembahagian kuasa antara pelbagai badan kerajaan serta prinsip-prinsip umum cara kuasa tersebut dilaksanakan. Selain itu perlembagaan menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Perlembagaan menentukan hak asasi rakyat seperti kebebasan bercakap, kebebasan beragama dan pemilikan harta. Perlembagaan dapat mengelakkan penyalahgunaan kuasa pemerintahan. Tambahan lagi Perlembagaan juga menentukan tanggungjawab rakyat dan batasan atau larangan seperti hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak yang tidak boleh dipersoalkan. Hal ini adalah penting untuk mengelakkan persengketaan kaum dan Memudahkan perpaduan nasional dan pembangunan negara. Perlembagaan melindungi kepentingan semua kaum. Perlembagaan juga menjamin keadilan sosial antara kaum. Hal ini dapat memupuk perpaduan nasional dan mempertingkatkan pembangunan negara.

Apakah peranan dan fungsi perlembagaan bagi sesebuah negara?

Peranan perlembagaan yang pertama ialah mewujudkan pemerintahan yang adil. Kewujudan perlembagaan dari segi sejarah berdasarkan tolak ansur antara kaum dalam beberapa perkara seperti hakistimewa orang melayu, Bahasa melayu, agama islam dan lain-lain. Contohnya, walapun perlembagaan memperuntukkan bahawa agama islam adalah agama rasmi negara Malaysia dalam perkara 3 (1), tetapi, gagama lain juga bebas diamalkan di Malaysia.
Kedua, mengelakkan penyalahgunaan kuasa dan mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat. Perlembagaan bukan sahaja memperuntukkan kuasa kepada pemerintah tetapi juga kepada rakyat. Berlakuya pembahagian kuasa dan dapat mengelakkan daripada dominasi kuasa oleh sesuatu pihak. Terdapat beberapa peruntukkan khas tertentu untuk Yang diPertuan Agong serat sultan, raja mahupun Yang diPertua Negeri. Dalam hal ini, walaupun baginda mempunyai bidang kuasa tertentu, tetapi segala tindakan mereka adalah tertakluk kepada perlembagaan.
Ketiga, sebagai alat penyelesaian masalah. Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi negara dan menjadi rujukan utama dalam penggubalan undang-undang. Sebarang masalah dalam pembuatan undang-undang atau rujukan hukuman kepada seseorang warganegara adalah berasaskan perlembagaan.
Keempat, mengekalkan riwayat negara bangsa. Pembentukan perlembagaan akan mengekalkan identity negara bangsa Malaysia kerana melalui perlembagaan, system pentadbiran dan perjalanan undang-undang negara dapat dilaksanakan.
Akhir sekali, menjaga kestabilan negara. Perlembagaan dapat membentuk keamanan dan kestabilan negara dengan jayanya.
Manakala fungsi perlembagaan bagi sesebuah negara adalah menentukan corak pemerintahan negara dan hak-hak rakyat. Perlembagaan juga menentukan garis panduan atau kuasa-kuasa kepada semua badan dalam sesebuah kerajaan. Selain itu, ia menjamin kestabilan politik dan keamanan negara dan menentukan bidang kuasa dalam system kerajaan persekutuan (Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan).

Soalan 3:  Apakah yang dimaksudkan dengan ketertinggian perlembagaan?

                 Konsep ketertinggian perlembagaan bermaksud tiada undang-undang lain yang boleh mengatasi perkara-perkara dalam perlembagaan. Hal ini dikenali sebagai keluhuran perlembagaan. Mahkamah berkuasa membatalkan mana-mana undang-undang yang digubal oleh mana-mana statut apabila bertentangan dengan perlembagaan. Oleh itu, semua rang undang-undang hendaklah tertakluk kepada kehendak-kehendak perlembagaan. Mana-mana undang-undang yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan adalah terbatal dengan sendirinya, setakat mana yang bertentangan itu.

Soalan 4:  Analisa perbezaan ciri-ciri utama bagi gagasan perlembagaan berikut:


Malayan Union
Persekutuan Tanah Melayu 1948
Perlembagaan Malaysia 1963
Kedudukan Raja Melayu
sultan-sultan Melayu masih akan mengekalkan kedudukan masing-masing tetapi dalam bidang kuasa yang sangat terhad, iaitu berkaitan tentang agama Islam dan adat Istiadat orang Melayu sahaja
Sultan menjadi ketua negeri dan berkuasa melantik Menteri Besar.
Raja tidak berkuasa secara langsung dan kuasa raja diwakilkan kepada Kabinet yang diketuai oleh PM
Agama Islam
Islam agama rasmi
Perlindungan terhadap agama Islam sebagai agama rasmi
Agama islam adalah agama rasmi
Kedudukan negeri-negeri Melayu
kerajaan Malayan Union akan mengambil alih semua aset negeri-negeri Melayu, kecuali aset yang berkaitan dengan agama Islam dan harta peribadi sultan-sultan
Sebuah Persekutuan dibentuk dengan gabungan 11 buah negeri
Semua negeri ada hak tersendiri
Kerakyatan / Kewarganegaraan
kewarganegaraan kepada semua orang yang dilahirkan di Tanah Melayu dan Singapura, serta pendatang yang tinggal di sana selama sekurang-kurang 10 tahun daripada 15 tahun sebelum 15 Februari 1942.
Kerakyatan yang sama rata
Umno setuju kerakyatan jus soli
Ketua Pentadbiran Negeri
Tiap-tiap negeri mempunyai seorang Pesuruhjaya Negeri yang menjadi ketua pentadbir di peringkat negeri.
Sultan diperakui melalui Undang-undang Tubuh negeri, manakal MB bertanggungjawab mengetuai pentadbiran negeri dalam persekutuan.
Sistem beraja mutlak digantikan dengan system raja berpelembagaan
Keistimewaan orang Melayu dan bumiputera
Dasar terbuka British mengancam status quo orang Melayu sebagai peribumi dan Orang Melayu bimbang akan kehilangan warisan tamadun yang telah dibina oleh kerajaan Melayu

Hak istimewa orang Melayu dan bumiputera diperakui semua pihak
Pemberian biasiswa dan bantuan, kemudahan pendidikan, lesen dan permit perniagaan

Buat kesimpulan tentang  3  sebab utama penolakan utama orang Melayu terhadap Malayan Union?

Sebab utama penolakan orang melayu terhadap Malayan Union ialah kerana Sir Harold MacMichael Mengugut Sultan. Pada 1 April 1946, British telah mengisytiharkan pembentukan Malayan Union di Kuala Lumpur. Pengisytiharan tersebut telah mendapat bantahan daripada orang Melayu, terutamanya terhadap Sir Harold MacMichael. Beliau tidak memberi masa yang secukupnya kepada raja-raja Melayu untuk berfikir dan berbincang mengenai Malayan Union. Contohnya, Sultan Perak tidak diberi masa yang cukup untuk membincangkan Malayan Union dalam Majlis Mesyuarat Negeri. Sir Harold MacMichael juga mengugut sultan untuk diturunkan takhta sekiranya baginda enggan menandatangani perjanjian Malayan Union. Ini berlaku terhadap Sultan Badli Shah Dari Kedah.

Selain itu, Kesan-kesan Pelaksanaan Malayan Union ialah telah berlaku perubahan status Tanah Melayu daripada negeri naungan kepada negeri jajahan. Kuasa raja-raja Melayu juga hilang walaupun mereka masih berhak membincangkan soal agama Islam, tetapi zakat fitrah dipungut atas nama Gabenor Malayan Union. Kedudukan orang Melayu kini setara dengan orang dagang berdasarkan kerakyatan sama rata atau jus soli. Dasar terbuka British ini dilihat akan mengancam status quo orang Melayu sebagai penduduk peribumi. Jumlah orang Melayu juga menjadi kecil dengan kemasukan orang dagang. Selain itu, ekonomi dan pendidikan orang Melayu juga amat mundur dan jauh ketinggalan berbanding dengan orang dagang yang diberi perhatian oleh British. Orang Melayu juga bimbang akan kehilangan warisan tamadun yang telah dibina oleh kerajaan Melayu seperti pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Oleh itu, orang Melayu bangun mempertahankan status quo mereka. Gabungan 29 buah pertubuhan Melayu bangun menentang Malayan Union menunjukkan wujud perpaduan kebangsaan untuk menentang Malayan Union.

Akhir sekali berkenaan Isu Jus Soli. Jus soli merupakan isu yang menjadi tuntutan orang dagang terhadap kerakyatan di Tanah Melayu. Isu ini telah dibantah oleh orang Melayu. Isu tersebut ialah pemberian hak kerakyatan yang sama rata kepada semua kaum di Tanah Melayu. Perjuangan ini dianggap boleh melemahkan lagi kedudukan orang Melayu. Selepas perbincangan dan rundingan, raja-raja Melayu bersetuju menerima kerakyatan jus soli. Kerakyatan jus soli diterima dengan bersyarat, iaitu orang bukan Melayu mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu dalam Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka. Seterusnya suruhanjaya ini juga menyetujui agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu.

Soalan 5:  Lengkapkan jadual di bawah mengenai unsur tradisi dalam Perlembagaan Malaysia

Unsur Tradisi
Penerangannya
Rasional
Perkara imbangannya
Pemerintahan Beraja
-          Institusi beraja dikekalkan dibawah konsep raja berpelembagaan
-          Menurut konsep raja berpelembagaan, raja-raja bertindak mengikut lunas-lunas perlembagaan yang ditetapkan.

-          Perlembagaan ini sedikit sebanyak telah memulihkan semula kedudukan Raja-raja Melayu.

-          Sistem beraja mutlak dimansuhkan dan diganti dengan sistem raja berpelembagaan.
-          Raja-raja dikehendaki menerima nasihat kabinet dan bertindak mengikut nasihat-nasihat itu.

Islam sebagai agama persekutuan
-          Setelah merdeka, Islam telah dijadikan agama rasmi persekutuan dan kerajaan
-          Agama lain bebas diamalkan tetapi dilarang untuk menyebarkan kepada penganut agama Islam.

-          Kedudukan agama Islam terus terpelihara dan menjadi agama persekutuan

-          Agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian persekutuan
-          Setiap orang mempunyai hak untuk menganut dan mengamalkan agamanya
Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
-          Perkara 152 iaitu kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tanpa menafikan hak-hak bangsa lain menggunakan bahasa mereka
-          Bahasa kebangsaan sebagai alat perpaduan tanpa menggugat bahasa ibunda lain
-          Menjadi Bahasa Lingua Franca
-          Bahasa Melayu diterima sebagai bahasa kebangsaan sebagai pra syarat penerimaan hak kewarganegaraan oleh bukan melayu

-          Memperuntukkan tiada siapa boleh dilarang atau ditahan  daripada menggunakan atau mengajar atau belajar bahasa lain
Kedudukan istimewa orang Melayu
-          Hak istimewa orang melayu diperkenalkan supaya pembelaan dan bantuan dapat diberikan kepada orang melayu
sebagai penduduk peribumi
-          Orang melayu kurang ceburi bidang perniagaan dan perlu dibimbing
-          Majoriti orang melayu miskin terutama luar bandar
-          Orang melayu hanya pemerhati kepada kepesatan ekonomi di Tanah Melayu
-          Hak-hak orang melayu dan bumiputera dinyatakan dalam Perkara 153
-          Meliputi bidang perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan,
perniagaan dan kemudahan yang lain


Soalan 6: Perbandingan antara Perlembagaan Malaysia dan Piagam Madinah (dalam bentuk jadual)

-          Apakah persamaan dan perbezaan?


Perlembagaan Malaysia
Piagam Madinah
Sumber
-          Meletakkan undang-undang tertinggi ialah perlembagaan itu sendiri perkara 4(1)
-          Al-quran dan as-sunnah
Tujuan
-          Mewujudkan satu bentuk pemerintahan yang adil
-          Menyatukan masyarakat pelbagai kaum
-          Mewujudkan keamanan di Mekah
-          Membentuk peraturan yang dapat dipatuhi masyarakat majmuk
-          Mewujudkan pendamaian dan melenyapkan permusuhan
-          Mewujudkan satu bentuk pemerintahan yang adil
-          Menjamin keamanan dan kestabilan negara
Hak pemerintah
-          Pemerintah beraja diketuai oleh sultan
-          Badan utama di Malaysia :
                                i.            Badan Perundangan
                              ii.            Badan Eksekutif
                            iii.            Badan Kehakiman
                            iv.            Yang Dipertuan Agong
-          Nabi Muhammad s.a.w. adalah ketua negara untuk semua penduduk Madinah dan segala pertelingkaran hendaklah merujuk kepada baginda.
Hak rakyat
-          Bebas beragama (Perkara 10)
-          Kebebasan bersuara
-          Kebebasan berhimpun secara aman dan tanpa senjata

-          Kebebasan beragama
-          Hak dalam mempertahankan negara
-          Kebebasan bergerak dan tinggal di Madinah
Tanggungjawab pemerintah
-          Tugas pemerintahan
-          Memberhentikan dan pembubaran parlimen
-          Tugas eksekutif = melantik perdana menteri
-          Menjaga hak istimewa orang melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak
-          Pemimpin agama dan masyarakat
-          Undang-undang negara dirangka oleh Nabi Muhammad SAW
-          Baginda sebagai hakim
Tanggungjawab rakyat
-          Patuh dan hormat kepada identiti negara seperti bahasa, bendera dan lagu kebangsaan
-          Menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran perlembagaan negara
-          Menerima dan mempertahankan kedaulatan undang-undang negara

-          Semua penduduk perlu bersatu padu
-          Bertanggungjawab mempertahankan negara
-          Tolong-menolong dalam memerangi musuh
Hubungan dengan bukan Islam
Perkara 11
-          Penganut-penganut agama lain masih bebas untuk menganut agama mereka
-          Menguruskan hal ehwal agama sendiri, menubuh dan menyelenggara yayasan (11,3)
-          Memberi kuasa kepada kerajaan negeri atau persekutuan untuk menggubal atau menyekat penganut bukan Islam menyebarkan ajaran kepada Islam (orang) (Perkara 11(4)) 

-          Kaum yahudi bersama kaum muslimin wajib turut serta dalam peperangan
-          Kaum yahudi dan Bani Auf diperlakukan sama kaum Muslimin
-          Semua kaum yahudi dari semua suku dan kabilah di Madinah diperlakukan sama dengan kaum yahudi, Bani Auf

No comments:

Post a Comment