2014180225
Bagi kuliah minggu seterusnya penerangan diberikan tentang sifat roh yang kenal Allah dan memperakui keesaan Allah. Roh manusia pada asalnya baik kerana datang dari sisi Allah SWT. Manusia diciptakan berbeza dari segi fizikal, pandangan, kecenderungan, kesihatan, agama, dan sebagainya. Selain itu, penerangan diberikan berkaitan Surah Al-Hujrat ayat 6-13 iaitu panduan manusia agar menjaga tutur kata dan perbuatan dalam meraikan perbezaan antara sesama manusia. Dalam ayat 6, telah menyatakan bahawa jangan mudah menerima maklumat tanpa diselidik terlebih dahulu. Ia boleh membawa kepada permusuhan kerana membuka aib orang lain yang tidak bersalah. Ayat 7 menerangkan tentang cinta kepada keimanan dan kebencian kepada kekafiran, kefasikan dan kedurhakaan. Ayat ini juga menyeru umat supaya mengenali dan mencintai Rasulullah SAW. Ayat seterusnnya, Allah menegaskan lagi bahawa sebesar-besar nikmat ialah nikmat mengenali Rasulullah SAW dan hendak bersama-sama baginda. Selain itu, dalam surah ini juga menceritakan tentang pendamaian, keadilan, dan usaha. Ayat ini menjelaskan bahawa mendamaikan sahabat yang bergaduh lagi baik dari berbohong. Perangi sikap dan jangan bersekongkol dengan sahabat yang bergaduh. Ayat 10, tentang persaudaraan, perdamaian antara kita. Janganlah kita bergaduh sesama kita. Seterusnya, surah ini juga melarang umatnya mencela, memperolok dan memburukkan orang lain. Allah juga menjelaskan supaya jauhi prasangka, buruk sangka dan jauhi dari mencari kesalahan orang lain. Ayat terakhir, Allah menyeru wahai sekalian manusia supaya mengenali ciri-ciri ketaqwaan dan keagungan Allah. Allah menciptakan lelaki dan perempuan yang sama kedudukannya di sisi Allah. Saling menghormati dan membantu pelbagai bangsa agar saling mengenali perbezaan dan persamaan setiap manusia. Orang yang bertaqwa ialah orang yang paling mulia di sisi Allah. Allah SWT menciptakan setiap manusia berbeza pastinya untuk kebaikan setiap manusia itu sendiri.
2014989725
Untuk minggu ini, kita telah menyentuh tentang kefahaman surah Al-Hujrat . Apa yang dapat saya fahami daripada ayat 6 ini ialah kita sebagai manusia tidak seharusnya mempercayai sesuatu perkara dengan membabi buta tanpa usul periksa, kita perlu selidik perkara tersebut benar atau tidak, pentingnya ilmu untuk membuat sesuatu keputusan agar langkah yang di ambil itu benar. Bagi saya, saya perlu lebih berhati-hati dalam mempercayai sesuatu untuk mengelakkan sebarang musibah berlaku dan selidik dahulu. Selain itu, daripada ayat 7 pula, menerangkan tentang kita sebagai umat Muhammad perlu percaya dan mengamalkan apa yang Rasulullah cakap, perbuatan Rasulullah, jika kita mengingkarinya kelak akan menyusahkan diri kita, apa yang disampaikan oleh Rasulullah adalah benar dan memberikan kebaikan dan faedah kepada kita. Kita perlu bersyukur dengan nikmat yang Allah beri kerana Allah telah memperhiaskan iman kepada kita dan Allah telah mempercinta iman kepada kita. Yang paling utama, kita sebagai manusia perlu mengenali Rasulullah dengan lebih mendalam, bila kita betul-betul kenal dengan Rasulullah, hati kita akan mudah lentur dengan melakukan kebaikan. Dan tentang ayat 9 yang saya fahami, kita perlu mendamaikan sesuatu perhubungan yang terputus atau berlaku pergaduhan, Allah tidak suka hubungan silaturahim manusia terputus dan ia berdosa tambah-tambah bagi umat islam yang bergaduh tidak boleh lebih dari 3 hari. Saya akan lebih menjaga hubungan silaturahim dengan saudara seislam saya dan orang bukan islam untuk mewujudkan hubungan yang lebih harmoni.
2014378853
- Dalam minggu ke dua ini, kami telah mempelajari Surah al-Hujurat. Surah ini mengandungi 18 ayat. Apa yang saya perolehi daripada ayat ini secara keseluruhannya adalah kecintaan terhadap Rasulullah dapat mengubah ketetapan hati ke arah yang lebih baik dan positif seterusnya cenderung melakukan kebaikan. Perbezaan agama tidak seharusnya mencetuskan pergaduhan. Untuk menghindari ianya dari terjadi, kita harus penuhkan diri kita dulu dengan ilmu, kenali dan cinta akan Rasulullah S.A.W. Kenali Rasulullah dengan sedalam-dalamnya dengan mengetahui cara hidup Rasulullah, cara pergaulan , hubungan baginda dengan Allah S.W.T termasuk martabat dan keistimewaan Rasulullah. Oleh itu, hati kita mula menerima sesuatu tanpa rasa ragu. Kita pula akan saling kenal – mengenali antara kaum atau penganut agama yang lain tanpa ada rasa ragu atau iri hati. Bermula dari situlah, kita akan mengetahui perbezaan kita dengan mereka. Dengan mengetahui perbezaan antara satu sama lain, kita dapat mengenal dan mengetahui kekuasaan Allah yang menginginkan kita agar dapat saling lengkap melengkapi atas kelebihan atau kekurangan kaum lain. Kita harus sentiasa berfikiran terbuka dan elak dari bersangka buruk yang akhirnya nanti mendatangkan penyesalan.
2 2014734061
Melalui surah al-hujurat, apa yang dpaat disimpulkan disini adalah kita tidak seharusnya menghakimi sesuatu perkara itu sebelum kita benar-benar pasti akan kesahihan perkara itu. Selain itu,kita sebagai umat manusia harus menjauhi prasangka kerana sebahagian prasangka itu adalah tidak benar dan boleh mencetuskan pergaduhan sesame manusia. Kita sebagai umat islam juga tidak harus berbangga dengan agama dan kaum kita, ini kerana, kedudukan manusi di sisi allah adalah sama tanpa mengira agama, bangsa mahupun kaum sesuatu manusia itu. Yang akan membezakan kita dengan umat lain adalah ketaqwaan kita kepada Allah.
2014964799
P Pada minggu ini kami belajar tentang Surah al-Hujurat dari ayat 6 sehingga ayat 12. Surah ini menerangkan tentang sifat-sifat manusia yang tidak sepatutnya fasik, jahil, tidak bergaduh sesama sendiri, tidak mencela atau memburuk-burukkan orang lain dan jauhi prasangka terhadap orang lain. Sebagai manusia, kita sepatutnya bersifat keimanan kepada Allah S.W.T., cari ilmu tentang Rasuluallah S.A.W., menikmati setiap pemberian Allah, bersifat adil terhadap semua dan menjaga persaudaraan sesama kita. Selain itu, kedudukan manusia sama ada lelaki atau perempuan adalah sama disisi Allah S.W.T. dan orang yang paling mulia disisi Allah S.W.T. adalah mereka yang bertakwa kepada Allah. Pengajaran yang saya perolehi dari surah ini ialah untuk menikmati kehidupan yang harmoni, kita sebagai manusia perlu sentiasa menjaga adab kita sama ada dengan Allah S.W.T. dan juga sesama manusia. Di samping itu, semua manusia adalah sama disisi Allah S.W.T. tanpa mengira pangkat, darjat dan kedudukan. Jadi kita sebagai manusia tidak sepatutnya membezakan kedudukan manusia di muka bumi ini kerana walaupun mereka mungkin tidak berharta di dunia ini tetapi mungkin mereka lebih mulia disisi Allah S.W.T.
2014767653
Minggu ini membincangkan tentang surah al-hujrat ayat 6-13. Daripada surah ini dapat saya simpulkan setiap manusia mempunyai perbezaan yang berbeza-beza. Kita tidak boleh meletakkan jurang antara satu sama lain disebabkan perbezaan ini. Kita juga tidak boleh memandang buruk terhadap orang lain. Setiap manusia yang diciptakan adalah sama. Manusia yang mencipta perbezaan antara manusia. Itu tidak boleh menjadikan alasan untuk kita tidak menerima perbezaan orang lain.
2014906705
Alhamdulillah minggu ni kami mempelajari maksud surah Al- hujarat ayat 6-13 yang dapat saya konklusikan dimana manusia sering berbuat kesilapan dengan menerima apa jua berita tanpa selidik terlebih dahulu dengan apa yang kita dengar mungkin tidak semuanya betul dan akan mendatangkan fitnah terhadap masyarakat itu sendiri secara tak langsung ia juga boleh mendatangkan bencana dalam kehidupan , selain itu Allah S.W.T telah menjadikan manusia ini dengan satu kewujudan kemasyarakatan dimana Dia telah menjadikan mahluknya untuk saling kenal mengenali antara satu sama lain, sesunggunya Dia maha mengetahui apa yang terbaik bagi hambanya dan hidup dengan berbagai bangsa dan kaum bagi menjalin kan ukhwah sesama manusia.
2 2014333649
Pada minggu kedua, kami telah mempelajari Surah Al-Hujarat ayat 6-13. Berdasarkan Surah ini, apa yang dapat saya simpulkan ialah bahawa sekiranya umat Islam benar-benar beriman kepada Allah, serta Al-Quran dan Rasulullah, mereka hendaklah percaya bahawa apa yang disampaikan kepada umatnya adalah benar dari sisi Allah SWT. Kita juga harus mengambil iktibar agar jangan mendengar setiap berita yang disampaikan, serta membenarkan setiap orang. Harus terlebih dahulu selidiki berita yang disampaikan, dan klarifikasikan urusan tersebut, sebelum kita menimpakan musibah kepada umat Islam yang lain. Ucapan yang belum pasti kebenaran dan kesahihannya akan menyebabkan penyesalan. Kemudian Allah menyebutkan akibat mendengar berita-berita yang dipalsukan (akan muncul) berupa pertengkaran, saling membenci, bahkan sampai pada saling membunuh.. Selain itu, ayat ini menjelaskan anjuran Allah Swt. untuk berhati-hati dalam menerima informasi dari orang-orang fasik, karna mereka hanya menginginkan terjadinya fitnah diantara kaum mukmin dan Allah memerintahkan untuk meneliti/memfilter berita tersebut.
2014597879
Daripada kelas minggu ini kami lebih memahami akan tujuan tuhan menciptakan manusia yang berbeza- beza, berlainan jantina, agama, bangsa dan warna kulit. Hal ini kerana Allah s.w.t mahu manusia supaya saling kenal mengenali antara satu sama lain. Hal ini jelas diterangkan melalui Surah Al-Hujrat ayat 6-13. Allah s.w.t melarang sama sekali manusia daripada bersikap prejudis. Kita juga harus mempunyai ilmu akan sesuatu agar berita yang akan kita sampaikan kepada orang itu tidak menyebabkan seseorang itu ditindas. Selain itu, Allah s.w.t menyuruh kita mendamaikan pergaduhan secara adil dan tidak mencari kesalahan orang lain kerana itu boleh membuka aib seseorang. Kesemua larangan yang telah Allah s.w.t larang adalah bertujuan untuk menjadikan hidup kita lebih harmoni. Jadi, sekiranya kita bergaduh hanya disebabkan oleh perbezaan yang kita ada, maka kita sebenarnya tidak dapat menerima akan perbezaan yang telah Allah s.w.t aturkan.2014337541
Allah menjadi manusia dengan sifat yang berbeza-beza antaranya
dari segi suara, keluarga, warna kulit, agama, pandangan dan bemacam-macam lagi.Terdapat
pelbagai hikmah mengapa Allah jadikan manusia ini berbeza-beza antaranya Allah
menyuruh manusia untuk saling kenal mengenal antara satu sama lain, saling lengkap-melengkapi
dan saling hormat-menghormati .Pengajaran yang dapat diambil dari surah
al-hujurat ayat 6-14 adalah, jangan menilai agama orang lain tanpa mengena ldahulu
agama tersebut, cinta pada keamanan, kenal rasulullah, jangan memperolok-olokkan
sesame manusia, jauhi sifat buruk sangka dan jangan mencari-cari kesalahan
orang.
No comments:
Post a Comment