ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI MOGA INPUT YANG KAMI SEDIAKAN MEMBERI PENGETAHUAN YANG LEBIH UNTUK ANDA SEMUA

Tugasan 3 - Prejudis dan Asimilasi

Mengapa timbul prejudis antara kaum?

Prejudis ialah pandangan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik lain
  • Perbezaan antara kaum adalah satu sebab timbulnya prejudis
  • Timbulnya perasaan iri hati atau cemburu dengan kelebihan kaum lain
  • Identiti sesuatu kaum terlalu kuat dan melampau ataupun taksub sehingga mereka berasa kaum mereka adalah yang terbaik dan memandang serong terhadap kaum lain.
  • Selain itu, kurang interaksi antara kaum kerana majoriti mereka dibesarkan dalam suasana yang kurang pergaulan antara kaum. Sebagai contoh, Melayu majoriti bersekolah di sekolah kebangsaan dan kaum Cina bersekolah di sekolah kebangsaan Cina. Mereka kurang berkomunikasi, tidak bergaul dan tidak mengenali antara satu sama lain. Maka kuranglah persefahaman dan toleransi yang hasilnya membawa kepada sifat prejudis yang berlandaskan stereotaip negatif.    


Faktor Pendorong dan Penghalang Asimilasi


Definisi Asimilasi :

        Proses pencatuman dan penyatuan diantara etnik yang berlainan budaya sehingga membentuk  satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama


                                                         Pendorong                                                     
  • Etnik yang berbeza budaya
  • Toleransi antara kelompok yang memiliki                             .
  • Sikap saling menghormati dan menghargai orang luar dan kebudayaan yang dibawa.            
  • Adanya persamaan dalam unsur-unsur kebudayaan universal                                
  • Perkahwinan antara kelompok yang berbeza budaya.                                                    
  • Kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti etnik lain
  • Interaksi berlaku dalam tempoh yang lama
                 
                                                                     Penghalang
  • Kurangnya pengetahuan mengenai kebudayaan sehingga menimbulkan perasaan takut terhadap budaya lain                 
  • Prasangka negatif terhadap pengaruh kebudayaan.
  • Perbezaan ciri-ciri fizikal seperti individu terikat pada kebudayaan kelompok yang bersangkutan.
  • Timbul perasaan bahawa budaya suatu etnik lebih tinggi dari etnik yang lain.
  • Penguasaan dalam sesuatu bidang khususnya oleh etnik minoriti
     
     

No comments:

Post a Comment