2014180225
Kuliah minggu ini berkisarkan tentang tajuk
modenisasi, pembangunan ekonomi dan hubungan etnik. Tajuk yang ingin dibincangkan
ialah modenisasi ekonomi. Modenisasi ialah satu proses transformasi atau perubahan dalam aspek kehidupan
masyarakat. Ia dianggap sebagai sesuatu yang harus ditempuh oleh semua bangsa
atau negara terutama yang baru merdeka. Matlamat dan kepentingan
modenisasi ekonomi ialah mewujudkan sebuah masyarakat industri. Industri ialah
usaha untuk menghasilkan sesuatu. Ini bagi meningkatkan tahap ekonomi negara
sekaligus merapatkan jurang pendapatan antara kaum. Modenisasi boleh dilihat
dari perubahan pembinaan teknologi, pembangunan pertanian dan urbanisasi pada
zaman sebelum dan selepas merdeka. Perubahan pembinaan teknologi dapat dilihat
dengan majunya dalam peringkat pengeluaran. Zaman sebelum merdeka bijih timah
dilombong menggunakan tangan dan selepas merdeka, segala proses pengeluarannya
telah bertukar dengan penggunaan mesin. Bagi pembangunan pertanian pula,
modenisasi telah merubah cara untuk mempromosikan produk dengan import dan
export. Ini akan mengukuhkan lagi ekonomi negara. Urbanisasi boleh dilihat dari
gaya hidup masyarakat luar bandar yang berpindah ke bandar. Semakin padat
penduduk di satu kawasan semakin maju bandar tersebut. Modenisasi sedikit
sebanyak membantu dalam menjana pendapatan negara dan merapatkan jurang
pendapatan antara kaum. Jadi kita seharusnya dapat membezakan di antara modenisasi
atau pembaratan agar keseimbangan dapat dicapai dalam setiap hubungan etnik.
2014989725
2014964799
2014767653
Dalam bab
ekonomi ini, saya ingin memfokuskan kepada modenisasi dan pembaratan,
modenisasi adalah suatu proses transformasi atau perubahan dalam segala aspek
kehidupan masyarakat telah di anggap
sebagai sesuatu yang harus ditempuhi oleh semua bangsa atau negara,
manakala pembaratan adalah suatu proses peniruan gaya hidup barat yang tidak di
sertai oleh suatu usaha perubahan secara
berencana. Kita boleh lihat yang modenisasi adalah suatu perubahan yang baik
yang membawa ke arah perubahan positif, sebagai contoh, perubahan dalam bidang
pekerjaan, dahulunya orang Melayu hanya bekerja sebagai petani, nelayan dan
menggembala kambing, tetapi perubahan yang kita boleh lihat sekarang, ada yang
sudah bekerja sebagai doktor, peguam, guru, dan banyak lagi yang membawa kepada
pembinaan negara lebih maju dan selesa dengan bermula kepada ilmu. Manakala
pembaratan pula, suatu perubahan yang sia-sia yang membawa kepada perubahan
yang negatif, sebagai contoh membawa masuk budaya mewarnai rambut, muzik yang
melampau dan sebagainya. Jadi apa yang saya pelajari, melakukan perubahan itu
perlu kerana kita perlu mengikut peredaran zaman yang semakin lama, semakin
maju, tapi dengan melakukan perubahan itu mesti berlandaskan kepada Al-Quran
dan As- sunah, melakukan perubahan yang membawa kepada perubahan positif dan
perubahan yang berobjektif. Apabila kita membawa masuk budaya barat, ini akan
mempengaruhi minda manusia yang membawa ke arah masyarakat yang hilang identiti
negaranya sendiri dan hilang jati diri.
2014964799
Pada minggu ini kami belajar tentang topik Modenisasi, Pembangunan
Ekonomi dan Hubungan Etnik. Apa yang telah saya pelajari ialah ekonomi orang
Melayu pada zaman penjajahan adalah sangat teruk. British telah mengamalkan
Dasar Pecah dan Perintah di mana orang Melayu kekal di lur bandar hanya
bercucuk tanam, manakala Cina melombong dan India menoreh getah. Akibat
daripada dasar ini, orang Melayu telah ketinggalan jika dibandingkan dengan
kaum lain. Selain itu, jurang kemiskinan sangat ketara antara ketiga-tiga kaum
ini dan masalah ketidakseimbangan ekonomi antara orang Melayu dan bukan Melayu
ini berpunca daripada orang Melayu yang hanya tertumpu di kawasan pendalaman
sahaja dan tidak dibenarkankan berkembang. Hal ini menyebabkan pendapatan orang
Cina adalah paling tinggi jika hendak dibandingkan dengan kaum lain kerana
mereka duduk dikawasan bandar dan meniaga di situ. Seterusnya, walaupun British
telah memperkenalkan teknologi-teknologi baru untuk memudahkan produktiviti,
tetapi orang Melayu masih lagi dengan cara tradisional serta kurang kemudahan
asas yang menyebabkan sector ini sukar untuk berkembang maju. Hal ini telah
menjurus kepada kadar pendapatan yang rendah bagi orang Melayu.
2014734061
pada minggu ini, apa yang dapat saya simpulkan adalah mengenai pembangunan ekonomi pada zaman sebelum penjajahan dan selepas penjajahan. zaman sebelum penjajahan, ekonomi. zaman sebelum penjajahan, ekonomi rakyat melayu adalah seperti bercucuk tanam untuk menyara diri sendiri dan sudah wujud hunungan dagangan di mana para pedagang datang untuk berdagang di tanah melayu. zaman ketika penjajahan pula, british mula mengasingkan kuasa sultan dan ekonomi tanah melayu dikawal oleh pihak british. pihak british telah memodenisasikan negara yang dijajahnya dengan menggantikan tenaga manusia dengan haiwan dengan teknologi mesin. contohnya, jika dahulu membajak menggunakan kerbau, selepas masuknya bristish ke tanah melayu, telah diperkenalkan jentera membajak untuk menngantikan tenaga haiwan itu sendiri. modenisasi luar bandar ini terbahagi kepada 2, iaitu imperialism dan kolonialism. imperialism ini dimana pihak british cuma mengambil hasil bumi sahaja dan kolonialism dilaksanakan terhadap wilayah yang terpilih dan british mengambil bukan hanya hasil bumi tetapi kesemua harta negara yang lain. kesimpulannya, jika ekonomi sekarang mengikuti konsep ekonomi islam terdahulu iaitu dengan tidak menindas orang lain, tidak memudaratkan orang lain dan menggunakan harta kejalan Allah, saya pasti ekonomi rakyat dan negara malaysia akan bertambah kukuh lagi.

Melalui topic modenisasi, pembangunan ekonomi dan hubungan
etnik, saya dapat mengetahui proses pembangunan ekonomi di Malaysia. Kalau
dahulu sebelum merdeka ekonomi di tanah melayu hanya tertumpu kepada perlombongan,
pertanian dan pengusaha ladang getah. Selepas merdeka ekonomi telah berkembang
lebih maju dan wujud banyak dasar dasar baru seperti K ekonomi dan RMK.
2014906705
Minggu ni kami menyentuh bab Ekonomi . apa yang saya dapat sampaikan disini adalah modenisasi. Zaman sebelum pejajahan ,masyarakat ketika itu menjalan kan kerja bertani atau bercucuk tanam bagi menyara kehidupan seharian mereka dan pada ketika itu aktiviti perdagangan menjadi tarikan utama pedagang yang berlabuh di melaka menjadi kan itu salah satu pernigaan yang telah dilaksanakan, apabila berlakunya zaman penjajahan kita dapat lihat kemasukan buruh dan sistem jus soli telah pun dibawa masuk apabila pihak penjajah mengambil hasil bumi yang ada di tanah melayu pada ketika itu. pihak penjajah mengambil buruh india untuk bekerja dibahagian estet dan cina di bahagian bandar . ini dapat dilihat jurang ekonomi pada ketika itu. sehubungan dengan itu kita sebagai masyarakat perlu tahu akan sejarah dimana pihak penjajah telah menjajah keseluruhanya dan meninggalkan kesan banyak dan mereka membawa masuk teknologi yang baru dan sehingga sekarang kita sentiasa mengikut apa yang mereka lakukan.
2014337541

Dalam bab ini saya telah pelajari tentang proses perubahan
masyarakat yang berlangsung secara berencana dan tidak berencana. Ia boleh
dianggap sebagai perubahan ke arah yang lebih baik seperti sekarang menggunakan
mesin untuk bercucuk tanam manakala dahulu sepenuhnya menggunakan tenaga
manusia. Untuk perubahan tidak berencana pula di anggap sebagai pembaratan
iaitu perubahan yang meniru cara kehidupan masyarakat da lebih kepada perubahan
yang negative seperti cara berpakaian dan pergaulan. Walaupun proses perubahan
akan berlaku pada setiap manusia, akan tetapi nilai seperti nilai kemanusian tidak
akan pernah berubah . Nilai itu perlu di kekalkan kerana ia menjadi tunggak
utama bagi mengekalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan manusia.
2014378853
Secara umumnya apa yang telah saya perolehi adalah tentang kemajuan sesebuah negara itu. Dengan terdapatnya pembaharuan dalam ekonomi seperti penggunaan mesin yang lebih berteknologi mampu meningkatkan pengeluaran produk dan juga ekonomi negara seterusnya mencapai negara maju. Hadirnya penjajah bukan sahaja membawa keburukan malahan mereka meninggalkan kesan yang positif terhadap negara kita khususnya dalam perkembangan ekonomi negara. Lihat sahaja, peninggalan sejarah seperti Kota A Famosa. Ianya menjadi tarikan pelancong seterusnya menjadi antara sektor penyumbang ekonomi negara.
Walaubagaimanapun, kita tidak seharus leka dan alpha dengan segala hasil diperolehi. Kita harus berbalik pada rujukan kita yang utama dalam membangunkan ekonomi negara iaitu Al-Quran dan al-Sunnah. Dimana indah dan cantiknya Islam dalam menerangkan agar tidak menindas orang lain dalam perniagaan, sentiasa mengunakan harta ke jalan Allah. Ini kerana hasil atau pendapatan yang diperolehi bukan kita yang punya. Ianya juga milik orang lain dan seharusnya kita berkongsi pendapatan yang diperolehi dengan orang lain. Dimana secara tidak langsung, dapat membantu orang yang memerlukan seterusnya merapatkan jurang kemiskinan dan dapat meningkat ekonomi negara.
2014597879
Di dalam bab ekonomi ini, saya dapati terdapat pelbagai perubahan dan kemajuan yang telah dilaksanakan. Ekonomi di Malaysia yang dahulu mengikut kaum pada zaman penjajahan, telah berubah kepada ekonomi yang moden. Mereka tidak lagi menggunakan kaedah tradisional tetapi menggunakan kaedah yang lebih moden yang mampu meningkatkan hasil dan menjana lebih pendapatan mereka. Pada pendapat saya, hal ini sedikit sebanyak merupakan kesan daripada zaman penjajahan British.

No comments:
Post a Comment