ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI MOGA INPUT YANG KAMI SEDIAKAN MEMBERI PENGETAHUAN YANG LEBIH UNTUK ANDA SEMUA

Minggu Kelapan

REFLEKSI (BAB 6 - HUBUNGAN ETNIK KE ARAH MASYARAKAT BERINTEGRASI)

2014734061
menerusi pembacaan mengenai bab 6 ini, saya tertarik dengan pelan tindakan dan dasar kerajaan sebagai strategi ke arah integrasi. Saya ingin menyentuh mengenai pelan tindakan dan dasar kerajaan menerusi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Wujudnya PLKN adalah bertujuan bagi pembinaan sahsiah diri bermatlamatkan membina dan mengukuhkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda, menyatukan golongan muda dari pelbagai kaum dan menyediakan mereka bagi menghadapi cabaran dari luar dan dalam negara. saya berpendapat bahawa program PLKN ini sangat berkesan. Ini kerana, saya juga bekas wirawati PLKN. PLKN menyatukan saya dengan pelatih lain daripada pelbagai kaum dan bangsa. melalui PLKN, saya dapat mengenali kaum-kaum yang ada di sarawak dan kami masih berkawan baik sehingga sekarang. Modul-modul yang diajarkan juga sangat membantu dalam membentuk sahsiah diri serta membangkitkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda.

No comments:

Post a Comment